Ketepatan berita jadi keutamaan wartawan ketika PRN – Kadir Dikoh

Facebook
WhatsApp
RAKAMAN KENANGAN...Warga Utusan Sarawak bergambar selepas Bengkel Penulisan Berita Utusan Sarawak di Kuching hari ini.

KUCHING, 3 Oktober: Ketepatan maklumat perlu menjadi keutamaan setiap wartawan dalam menyampaikan perkembangan sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi memastikan masyarakat menerima laporan yang tepat, seimbang dan tidak mengelirukan.

Penasihat Editorial Eksekutif Utusan Sarawak, Kadir Dikoh, berkata tugas kewartawanan merupakan satu bentuk khidmat kepada masyarakat, justeru setiap maklumat yang diperoleh perlu disemak dan disahkan sebelum disampaikan kepada pembaca.

Menurut beliau, wartawan perlu mendapatkan maklumat daripada sumber berkaitan, termasuk mendapatkan pandangan masyarakat serta pihak berkuasa bagi memastikan sesuatu laporan mempunyai asas yang kukuh.

KADIR Dikoh ketika menyampaikan taklimat pada Bengkel Penulisan Berita Utusan Sarawak, di Hotel Samudra, di Kuching, hari ini.

“Contohnya kita temu bual masyarakat yang kehilangan ahli keluarga, mungkin JKM atau YB yang berkaitan melihat perkara itu dan datang memberi bantuan,” katanya ketika menyampaikan taklimat pada Bengkel Penulisan Berita Utusan Sarawak, di Hotel Samudra hari ini.

Beliau berkata, pendekatan berkenaan penting bagi memastikan sesuatu berita bukan sahaja menyampaikan maklumat, malah mengetengahkan perkara yang benar-benar memberi manfaat kepada masyarakat.

Katanya, wartawan perlu melihat sesuatu isu daripada sudut kepentingan rakyat dengan mengenal pasti perkara yang boleh diketengahkan, termasuk perkembangan, usaha serta pembangunan yang memberi kesan kepada kehidupan masyarakat.

Menurutnya, ketika tempoh PRN, wartawan berdepan dengan pelbagai bentuk maklumat dan kenyataan daripada sumber berbeza, sekali gus memerlukan penelitian sebelum sesuatu maklumat diterbitkan.

Kadir berkata, latar belakang masyarakat Sarawak yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan budaya juga perlu diambil kira dalam menghasilkan laporan berita supaya penyampaian maklumat kekal bertanggungjawab.

Beliau turut menekankan kepentingan menghasilkan laporan yang memberikan gambaran sebenar mengenai sesuatu perkara, bukannya sekadar mengejar perkembangan atau kenyataan yang sedang mendapat perhatian.

Katanya, wartawan perlu terus berpegang kepada prinsip ketepatan dan tanggungjawab dalam melaporkan perkembangan PRN kerana setiap berita yang diterbitkan boleh menjadi rujukan masyarakat dalam memahami sesuatu isu.

Oleh Shahrul Qaizat

Berdamai Dengan Takdir

Ada masanya kita memandang hidup sendiri lalu bertanya dalam hati, “Mengapa aku yang sering diuji?” Belum pun reda satu kesulitan,

Berdamai Dengan Takdir

Ada masanya kita memandang hidup sendiri lalu bertanya dalam hati, “Mengapa aku yang sering diuji?” Belum pun reda satu kesulitan,