Pergaulan bebas: Jalan menuju zina dan keruntuhan akhlak

Facebook
WhatsApp
MENGHADAP laluan strategik Selat Melaka, pesisir Bukit Malut di Langkawi padat dengan rumah berdindingkan papan dan juga zink yang dibina tinggi di atas air, menzahirkan pemandangan sebuah perkampungan air yang biasa ditemukan di Sabah khususnya. Sejak penubuhan hingga sekarang, iaitu sudah lebih empat dekad, petempatan ini dikaitkan sebagai "kawasan Rohingya" dan pendatang tanpa izin. Malah, jika dijengah laman media sosial, tidak ada khabar indah dikongsikan oleh netizen tentang Bukit Malut yang terletak kira-kira 20 kilometer dari pekan Kuah ini. Menelusuri latar belakang komuniti Bukit Malut, pakar menjelaskan kepada Bernama yang mereka sebenarnya berketurunan Melayu Islam dari Kedah, dan sejarah mereka bermula pada zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu antara 1942 hingga 1945. Foto BERNAMA

PERGAULAN merupakan sebahagian daripada kehidupan manusia. Islam tidak melarang interaksi dan komunikasi antara lelaki dan wanita secara mutlak, asalkan ia menjaga batasan adab yang ditetapkan.

Namun begitu, batas pergaulan bukanlah bertujuan menyukarkan kehidupan manusia, sebaliknya menjadi benteng perlindungan daripada perkara yang boleh membawa kepada dosa dan kemudaratan. 

Kini, batasan pergaulan antara lelaki dan perempuan semakin terbuka ekoran arus pemodenan. Kemajuan teknologi, media sosial dan aplikasi komunikasi membolehkan seseorang berhubung tanpa batas tempat dan masa.

Pada asalnya teknologi merupakan kemudahan yang memberikan manfaat. Namun, jika digunakan tanpa kawalan, ia boleh menjadi jalan kepada pergaulan yang melampaui batas. 

Hubungan yang bermula sekadar berbual biasa berisiko melarat menjadi terlalu rapat, sehingga mencetuskan pertukaran mesej yang tidak sopan dan pertemuan terasing. Keadaan ini akhirnya boleh mengheret seseorang ke lembah maksiat yang dilarang keras oleh agama.

Sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah al-Isra’ ayat  32:  “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).”

Ayat ini menggunakan larangan “janganlah kamu menghampiri zina”, bukan sekadar “jangan berzina”. Ini membuktikan bahawa Islam melarang keras segala bentuk mukaddimah atau jalan yang boleh menjerumuskan seseorang ke arah maksiat tersebut.

Antara pintu utama yang merapatkan manusia kepada zina ialah pergaulan bebas tanpa batas. Lantaran itu, setiap Muslim dituntut untuk memelihara batas pergaulan, tutur kata, pandangan mata, serta hubungan sosial bagi menutup terus ruang terjadinya kemaksiatan.

Pergaulan bebas juga boleh menyebabkan seseorang semakin hilang rasa malu, sedangkan malu merupakan sifat penting yang perlu ada dalam kehidupan setiap Muslim. Rasulullah SAW bersabda: “Iman memiliki lebih dari enam puluh cabang, dan malu adalah sebahagian daripada iman.” (Riwayat Bukhari) 

MENJAGA BATAS PERGAULAN DEMI MENJAGA MARUAH DIRI

Kawalan dalam pergaulan bukanlah alasan untuk seseorang memulaukan masyarakat sekeliling. Asasnya, Islam mendidik umatnya agar mengutamakan akhlak yang mulia, sopan dan tertib ketika berinteraksi.

Oleh itu, perhubungan antara lelaki dan wanita yang tiada ikatan mahram menuntut pemeliharaan yang rapi dari segi pandangan, tutur kata, pemakaian dan juga sahsiah diri.

Allah SWT berfirman di dalam al-Quran: “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah SWT Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.” (Surah an-Nur ayat 30)

Allah SWT berfirman lagi dalam al-Quran: “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan yang zahir daripadanya.” (Surah an-Nur ayat 31)

Kewajipan memelihara kehormatan tidak bersifat berat sebelah, malah golongan wanita turut memikul tanggungjawab yang setara dengan lelaki.

Setiap insan berkewajipan mempertahankan maruah masing-masing daripada dicemari. Hal ini demikian kerana nilai maruah sangat murni dan sebarang calar padanya mampu mendatangkan impak negatif serta penyesalan yang mendalam pada masa hadapan.

Saidina Abu Bakar RA memeluk agama Islam

TIDAK beberapa lama sebelum Saidina Abu Bakar memeluk Islam, beliau telah pergi berniaga ke Yaman. Ketika di Yaman, beliau telah berjumpa dengan seorang tua yang alim dari Azd.

Dia telah membaca banyak kitab dan menguasai banyak ilmu. Ketika dia melihat Saidina Abu Bakar, dia pun berkata, “Aku telah mendapat maklumat yang kukuh bahawa seorang Nabi akan diutuskan di Mekah.

Dia akan dibantu oleh seorang pemuda dan seorang yang dewasa. Si pemuda merupakan seorang yang suka mencegah bahaya dan mencegah pelbagai bentuk kezaliman, sedangkan yang dewasa pula berkulit putih, bertubuh kurus, memiliki tahi lalat di perutnya dan memiliki tanda di sebelah kiri pehanya”. Lantas orang tua itu meminta Saidina Abu Bakar untuk menyelak bajunya agar dia dapat melihat perut Saidina Abu Bakar.

Maka Saidina Abu Bakar pun melakukan seperti mana yang diminta oleh orang tua itu. Orang tua itu melihat terdapatnya tahi lalat di atas pusat Saidina Abu Bakar.

Lantas orang tua itu pun berkata, “Kamulah orangnya. Demi Tuhan Kaabah, aku ingin memberitahu sesuatu kepada kamu. Ingatlah baik-baik!”. Saidina Abu Bakar pun bertanya, “Apakah dia?”.

Orang tua itu berkata, “Janganlah engkau condong pada hawa nafsu, berpegang teguhlah pada jalan yang utama dan pertengahan dan takutlah dalam segala sesuatu yang telah pada Allah SWT dianugerahkanNya kepadamu”.

Apabila Saidina Abu Bakar pulang ke Mekah, beliau ternanti-nanti tentang apa yang dikatakan oleh orang tua itu, iaitu tentang kedatangan seorang Nabi.

Tidak lama setelah itu, Saidina Abu Bakar mendapat berita bahawa sahabat karibnya telah mendapat wahyu dari langit dan diberi amanah untuk menyebarkan risalah wahyu itu.

Oleh yang demikian, beliau bergegas pergi menemui Rasulullah SAW Dalam masa yang sama, ketika Rasulullah SAW mula menerima wahyu, baginda pun menyampaikan dakwah Islam kepada ahli keluarganya.

Setelah itu, baginda pun pergi mendapatkan Saidina Abu Bakar. Ini kerana Saidina Abu Bakar merupakan sahabat baiknya dan orang yang paling dipercayainya.

Rasululah SAW mengenali Saidina Abu Bakar sebagai seorang yang memiliki akhlak yang baik sebelum baginda.

 Apabila Rasulullah SAW dilantik menjadi Rasul lagi. bertemu dengan Saidina Abu Bakar, baginda pun berkata kepadanya “Aku adalah utusan Allah SWT dan NabiNya, Allah  mengutuskanku untuk menyampaikan bahawa tidak ada sekutu bagiNya. (Oleh itu), jangan engkau sembah selainnya dan tetaplah setia untuk taat kepadaNya”.

Maka Saidina Abu Bakar pun segera masuk Islam tanpa rasa ragu dan bimbang. Kepercayaan dan keyakinan Saidina Abu Bakar terhadap Rasulullah sangat kuat.

Beliau mengenali Rasulullah SAW dengan sebenar-benarnya kerana mereka berdua merupakan sahabat yang baik sejak dari zaman jahiliyah lagi.

Saidina Abu Bakar pun berjanji di hadapan Rasulullah  SAW untuk membantu baginda dan ternyata Saidina Abu Bakar telah memenuhi janji-janjinya.

Sejak memeluk Islam, beliau merupakan orang yang paling banyak berkorban untuk Islam.

sebab itu, Rasulullah SAW sangat mencintai beliau sehinggakan baginda telah bersabda : “Sesungguhnya tidak ada seorang pun yang paling amanah di hadapanku, baik pada dirinya mahupun pada hartanya melebihi Abu Bakar bin Abu Qahafah.

Seandainya aku boleh mengambil kekasih dari umatku nescaya aku akan mengambil Abu Bakar sebagai kekasihku. Akan tetapi persaudaraan Islam lebih utama. Tutuplah semua pintu dariku kecuali pintu Abu Bakar”.(Riwayat Bukhari)

Apabila Saidina Abu Bakar memeluk Islam, Rasulullah SAW berasa sangat gembira. Ini sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Ummul Mukminin Saidatina Aisyah yang berkata, “Ketika Rasulullah SAW selesai berbicara, Abu Bakar pun langsung memeluk Islam.

Maka Rasulullah SAW pun berganjak dari depan Abu Bakar. Tidak ada seorang pun yang lebih gembira di antara dua gunung (iaitu gunung Abi Qubais dan gunung Qu’aiqi’an) dengan keislaman Abu Bakar daripada Rasulullah”.

Hanzalah Azman

Jejakmu masih ada

SETIAP yang bermula pasti akan tiba pada akhirnya. Begitulah hukum kehidupan yang tidak dapat dielakkan. Ada pertemuan yang membuka jalan,

Nikmat sihat, amanah yang perlu dijaga

PEMBERIAN kesihatan daripada Allah SWT kepada manusia dikategorikan sebagai nikmat yang paling besar. Ketika tubuh sihat, kita mampu melakukan pelbagai

Menala hati

KEHIDUPAN manusia boleh kita kaitkan sebagai persamaan dengan sebuah alat muzik. Setiap tindakan melahirkan kesan, setiap perkataan meninggalkan getaran dan

Bursa Malaysia dibuka tinggi

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meningkat semula untuk dibuka tinggi pada Jumaat didorong oleh hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang rendah