Sistem Tagang Sungai Debpur perkasa usaha pemuliharaan sumber perikanan

Facebook
WhatsApp
DATUK Gerawat Gala melepaskan anak ikan sepsies Tengadak di Sungai Debpur Bario.

BARIO: Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) Datuk Gerawat Gala menyempunakan pelancaran Projek Sistem Tagang di Sungai Debpur, Kampung Pa Umor, Bario sebagai salah satu usaha pemuliharaan sumber perikanan serta penglibatan komuniti dalam menjaga kelestarian sungai semalam.

Menerusi satu perkongsi dalam aplikasi WhatsApp, Gerawat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Mulu berkata sebanyak 3,000 ekor ikan spesies tengadak telah dilepaskan di Sungai Debpur sebagai langkah awal untuk meningkatkan populasi ikan dan memulihkan ekosistem sungai.

Katanya sistem Tagang bukan sahaja bertujuan memelihara sumber semula jadi malah dapat membentuk tanggungjawab bersama dalam kalangan komuniti bagi memastikan sumber perikanan terus terpelihara dan dapat dimanfaatkan oleh generasi akan datang.

Beliau berharap komuniti Kampung Pa Umor dan sepanjang sungai Debpur akan terus memberikan komitmen dalam menjaga kawasan Tagang ini agar usaha pemuliharaan dapat dilaksanakan secara berterusan dan memberi manfaat kepada masyarakat setampat.

Turut bersama beliau, Pengurus Besar Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) Abang Arabi Abang Aimran. 

Oleh Jiku Juguong