KUCHING: Beberapa jalan utama di sekitar pusat bandar Kuching akan ditutup dan dilencongkan secara berperingkat mulai 28 September hingga 10 Oktober ini bagi melancarkan persiapan dan perjalanan Sambutan Hari Lahir ke-80 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak.
Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu, berkata penutupan dan lencongan jalan berkenaan dilaksanakan bagi memastikan aliran trafik berjalan lancar sepanjang tempoh persiapan, raptai dan acara utama sambutan di Padang Merdeka.
Antara penutupan dan lencongan jalan yang ditetapkan adalah seperti berikut:
- 28 September hingga 10 Oktober, 10.00 pagi hingga 12.00 tengah malam:
• Jalan McDougall bagi kerja pemasangan, persiapan tempat dan mengemas logistik selepas program. - 5 hingga 7 Oktober, 7.00 pagi hingga 11.00 pagi:
• Jalan McDougall;
• Jalan Tun Abang Haji Openg (Lampu Isyarat RTM) dan susur ke Padang Merdeka;
• Jalan Wawasan ke Padang Merdeka;
• Jalan Tun Abang Haji Openg (Carpenter Street)

Penutupan dan lencongan ini bagi memberi laluan kepada raptai istiadat perbarisan dan rapat raksasa.
- 8 Oktober, 7.00 pagi hingga 11.00 pagi:
• Jalan Tun Abang Haji Openg (Lampu Isyarat RTM) dan susur ke Padang Merdeka;
• Jalan McDougall ke Padang Merdeka;
• Jalan Wawasan ke Padang Merdeka;
• Lebuh Temple ke Lebuh Wayang (Wisma Pelita);
• Jalan Main Bazaar ke Lebuh Temple;
• Lebuh Wayang ke Jalan Main Bazaar;
• Jalan Gambier ke Jalan Tun Abang Haji Openg.
Penutupan dan lencongan ini bagi memberi laluan kepada raptai penuh istiadat perbarisan dan rapat raksasa.
- 10 Oktober, 7.00 pagi hingga 12.00 tengah hari:
• Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksasa sempena Sambutan Hari Lahir TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak ke-80. - 10 Oktober, 7.00 malam hingga 12.00 tengah malam:
• Konsert Rakyat.

PDRM memohon kerjasama orang ramai supaya tidak meletakkan kenderaan di sepanjang bahu jalan di kawasan terlibat, selain merancang perjalanan dan menggunakan laluan alternatif bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching di talian 082-259900.





