Rondaan cegah jenayah bawa kepada penahanan lelaki disyaki curi kabel

Facebook
WhatsApp
DITAHAN...Seorang lelaki tempatan berusia 18 tahun yang disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri kabel ditahan polis di Kampung Tanjung Bundong, Kota Samarahan, awal pagi tadi.

KOTA SAMARAHAN: Rondaan cegah jenayah polis membawa kepada penahanan seorang lelaki tempatan berusia 18 tahun yang disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri kabel di Kampung Tanjung Bundong, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Supt Mohd Irwan Hafiz Md Radzi, berkata suspek ditahan anggota Unit Kereta Peronda (MPV), Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan ketika menjalankan rondaan kira-kira 3.00 pagi.

Menurutnya, anggota terbabit mengesan kabel yang sedang dibakar di kawasan semak berhampiran sebuah motosikal sebelum menjalankan pemeriksaan.

SEBUAH motosikal Honda Wave antara barang kes yang dirampas polis selepas menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri kabel.

“Hasil pemeriksaan dan tindakan lanjut membawa kepada penahanan suspek serta rampasan 20 gulung kabel, satu batang pemotong wayar dan sebuah motosikal Honda Wave,” katanya.

Mohd Irwan berkata, pemeriksaan lanjut mendapati suspek dipercayai mempunyai kaitan dengan kegiatan mencuri kabel sebelum ditahan untuk siasatan.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri.

ANTARA kabel yang dipercayai dicuri dan dirampas polis selepas menahan seorang lelaki berusia 18 tahun di Kampung Tanjung Bundong, Kota Samarahan, awal pagi tadi.

Beliau berkata, polis akan terus mempertingkatkan rondaan dan pemantauan di kawasan tumpuan bagi mencegah kegiatan jenayah serta memastikan keselamatan masyarakat di daerah Kota Samarahan.

Oleh itu, orang ramai turut disaran menyalurkan maklumat kepada polis sekiranya mengesan sebarang aktiviti mencurigakan di kawasan masing-masing.

Oleh Connie Chieng

JPJ Kuching periksa 222 kenderaan, enam disita

KUCHING: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyita enam kenderaan dalam operasi penguatkuasaan melibatkan motosikal, kenderaan mewah dan pemandu warga asing (Pewa)