Lima kawasan catat IPU tidak sihat, Serian tertinggi

Facebook
WhatsApp
LIMA kawasan di Sarawak mencatat kualiti udara tidak sihat setakat 6.00 petang, dengan Serian merekodkan bacaan tertinggi 173.

KUCHING: Lima kawasan di Sarawak merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 6.00 petang ini, dengan Serian mencatat bacaan tertinggi 173.

Berdasarkan pemantauan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB), Lundu merekodkan IPU 159, diikuti Samarahan (156) dan Kuching (155).

Lubok Antu turut berada dalam kategori tidak sihat dengan bacaan IPU 102.

Sementara itu, beberapa kawasan mencatat kualiti udara sederhana, dengan Samalaju dan Betong masing-masing merekodkan IPU (98), diikuti Tebedu dan Kanowit masing-masing (95) serta Sri Aman (93).

Belaga pula mencatat IPU 85, Sarikei (72), Sibu (69), Bintulu (65), Mukah (64) dan Kapit (61).

Lima kawasan berada pada tahap baik iaitu Lawas dengan IPU 46, Miri (40), Bario (29), ILP Miri (28) dan Limbang (26).

Mengikut kategori IPU, bacaan antara 0 hingga 50 diklasifikasikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, manakala 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat.

Setakat 6.00 petang, tiada kawasan di Sarawak merekodkan IPU pada tahap sangat tidak sihat atau lebih buruk.