MIRI: Orang ramai, khususnya penderma darah kumpulan AB, dialu-alukan tampil menderma darah bagi membantu menambah bekalan darah di Tabung Darah Hospital Miri.
Seruan itu dikongsikan Tabung Darah Hospital Miri menerusi media sosial hari ini susulan keperluan mendapatkan bekalan darah yang mencukupi bagi kegunaan pesakit.
Pendermaan darah amat penting bagi memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi, terutama untuk memenuhi keperluan rawatan dan kecemasan di hospital.
Orang ramai yang layak menderma darah disaran tampil ke Tabung Darah Hospital Miri bagi membantu memenuhi keperluan pesakit yang memerlukan.
Oleh Liong Chai Ling





