KUCHING: Kualiti udara di Kanowit masih berada pada tahap sangat tidak sihat apabila mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 215 setakat 4.00 petang ini.
Berdasarkan data Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB), Kanowit turut mencatatkan bacaan IPU tertinggi di Sarawak, manakala tujuh kawasan lain berada pada tahap tidak sihat.
Serian merekodkan bacaan IPU 170, diikuti Kuching, Samarahan dan Lubok Antu yang masing-masing mencatatkan bacaan 158.
Sri Aman pula merekodkan bacaan 148, Belaga 134 dan Tebedu 120, yang kesemuanya berada dalam kategori tidak sihat.
Sementara itu, 13 kawasan mencatatkan kualiti udara pada tahap sederhana dengan Betong merekodkan bacaan 95, Sarikei (84), Bintulu (83), Kapit dan Lundu masing-masing (80), Sibu (77) serta Samalaju (73).
Mukah pula mencatatkan bacaan IPU 71, Miri (66), ILP Miri (65), Lawas (59), Limbang (56) dan Bario (54).
Berbanding 12.00 tengah hari, bacaan IPU di beberapa kawasan menunjukkan penurunan, termasuk Serian daripada 175 kepada 170, Kuching daripada 163 kepada 158, Samarahan daripada 162 kepada 158 dan Sri Aman daripada 158 kepada 148.
Betong turut menunjukkan perubahan kategori apabila bacaan IPU menurun daripada 151, yang berada pada tahap tidak sihat, kepada 95 pada tahap sederhana. Sementara itu, bacaan IPU di Kanowit turun sedikit daripada 216 kepada 215, namun masih berada pada tahap sangat tidak sihat.
Oleh Norman B




