TOKYO: Satu lagi taufan menghampiri Jepun dari selatan Okinawa pada Khamis, hanya beberapa hari selepas Taufan Dujuan melanda kawasan berhampiran Tokyo, lapor Kyodo News.
Agensi Meteorologi Jepun memaklumkan Taufan Surigae berada di timur Filipina dan bergerak ke arah barat, serta dijangka menuju ke pulau di selatan Jepun itu.
Bergantung pada laluannya, taufan itu boleh menjejaskan cuaca di Honshu, pulau terbesar daripada empat pulau utama Jepun.
Agensi itu menggesa orang ramai supaya mengikuti maklumat cuaca terkini.
Setakat awal Jumaat, taufan ke-26 bagi musim ini bergerak ke arah utara-barat laut pada kelajuan 10 kilometer sejam, serta kelajuan angin sehingga 108 kilometer sejam. – Bernama




