24 saman dikeluarkan dalam Operasi Bersepadu Pencegahan Jenayah IPD Saratok

Facebook
WhatsApp
24 SAMAN dikeluarkan dalam Operasi Bersepadu Pencegahan Jenayah IPD Saratok

SARATOK: Sebanyak 24 saman dikeluarkan dalam Operasi Bersepadu Pencegahan Jenayah yang dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok, semalam.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, operasi berkenaan dilaksanakan dari 3.00 petang hingga 5.00 petang dengan memberi tumpuan di Kilometer (KM) 408 Lebuh Raya Pan Borneo serta sekitar Pekan Saratok dan Roban.

Menurut beliau, operasi itu bertujuan menurunkan kes jenayah indeks khususnya di kawasan dikenal pasti sebagai hot spot, selain meningkatkan kehadiran polis melalui pendekatan omnipresence bagi mencegah kejadian seperti kecurian motosikal, kenderaan dan kes curi lain.

“Operasi turut memberi fokus kepada pemeriksaan individu dan kenderaan yang mencurigakan melalui sekatan jalan raya serta snap check, di samping mengurangkan kesalahan lalu lintas terutama membabitkan penunggang motosikal,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, pemeriksaan juga dilaksanakan bagi mengesan individu yang dikehendaki berkaitan kes jenayah, narkotik, jenayah komersial dan kesalahan lain.

Dalam operasi tersebut, seramai 115 individu diperiksa, terdiri daripada 85 lelaki dan 35 perempuan, manakala 100 kenderaan turut diperiksa.

Daripada jumlah itu, pemeriksaan melibatkan 15 motosikal, 40 kereta, enam van dan 20 kenderaan pacuan empat roda, tujuh lori dan bas.

“Sebanyak 24 keping saman PDRM (K.257) telah dikeluarkan, manakala tiada saman PDRM (K.170A) direkodkan,” katanya.

Operasi berkenaan disertai kekuatan keseluruhan 11 anggota, terdiri daripada seorang pegawai dan 10 anggota daripada Team Rondaan/Snap Check yang melibatkan Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKKD), Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD), Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD), Balai Polis Saratok, Balai Polis Kabong dan Balai Polis Roban.

Selain pemeriksaan individu dan kenderaan, polis turut menjalankan pemeriksaan sebuah premis judi di salah sebuah kedai yang direkodkan dalam laporan Roban/385/26.

Oleh Adi Safarman

Nikmat sihat, amanah yang perlu dijaga

PEMBERIAN kesihatan daripada Allah SWT kepada manusia dikategorikan sebagai nikmat yang paling besar. Ketika tubuh sihat, kita mampu melakukan pelbagai