KATHMANDU: Tayar belakang sebuah pesawat Sita Air yang membawa 13 penumpang tercabut ketika mendarat di Lapangan Terbang Juphal, barat Nepal pada pagi Khamis, lapor Xinhua.
Pesawat 9N-AJH itu sedang melakukan pendaratan kira-kira 8.25 pagi waktu tempatan apabila tayar berkenaan tercabut.
“Semua penumpang selamat dan tiada kecederaan dilaporkan,” kata Ketua Polis Daerah Dolpa Anil Raj Giri.
Daripada 13 penumpang itu, tujuh ialah warga asing.
Pesawat berkenaan masih berada di landasan selepas kejadian, menyebabkan pesawat lain tidak dapat mendarat di Lapangan Terbang Juphal.
Menurut Giri, pihak berkuasa sedang menilai keadaan dan berusaha mengosongkan landasan.- Bernama-Xinhua





