LOS ANGELES: NASA dan SpaceX menyasarkan 1 Oktober sebagai tarikh paling awal bagi pelancaran misi ‘Crew-13’ ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), menurut NASA pada Selasa, lapor Xinhua.
Kapal angkasa Dragon milik SpaceX dan roket Falcon 9 dijadual berlepas dari Stesen Angkatan Angkasa Cape Canaveral di Florida.
Kru misi itu dijangka tiba di ISS dalam tempoh kurang sembilan jam selepas pelancaran.
Angkasawan NASA Jessica Watkins akan bertugas sebagai komander kapal angkasa, manakala Luke Delaney sebagai juruterbang.
Angkasawan Agensi Angkasa Kanada Joshua Kutryk dan angkasawan Roscosmos Sergey Teteryatnikov pula akan bertugas sebagai pakar misi.
“Crew-13” merupakan misi pertukaran kru ke-13 SpaceX, selain menjadi penerbangan ke-14 syarikat itu yang membawa angkasawan ke ISS menerusi Program Kru Komersial NASA. – Bernama-Xinhua





