KUCHING: Kualiti udara di Sarawak menunjukkan perubahan pada malam ini apabila Serian kembali merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap sangat tidak sihat, manakala Kanowit kekal dalam kategori sama.
Berdasarkan sumber Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) pada 8.00 malam ini, Serian mencatat bacaan 211 berbanding 194 pada 4.00 petang, meningkat 17 mata.
Kanowit pula merekodkan bacaan 211 berbanding 212 pada 4.00 petang, turun satu mata namun masih berada pada tahap sangat tidak sihat.
Kuching turut menunjukkan peningkatan daripada 183 kepada 188, manakala Samarahan meningkat daripada 180 kepada 184 dalam tempoh sama.
Lundu mencatat peningkatan paling ketara antara kawasan yang direkodkan pada 4.00 petang, iaitu daripada 154 kepada 177, diikuti Tebedu yang meningkat daripada 170 kepada 181.
Sebaliknya, beberapa kawasan menunjukkan sedikit penurunan bacaan termasuk Sri Aman daripada 177 kepada 174, Sarikei daripada 165 kepada 164 dan ILP Miri daripada 155 kepada 153.
Sibu turut menurun daripada 167 kepada 165, manakala Miri berkurang daripada 161 kepada 160.
Lubok Antu juga mencatat penurunan kecil daripada 190 kepada 189, manakala Belaga turun daripada 178 kepada 175.
Bacaan pada 8.00 malam menunjukkan kebanyakan kawasan masih berada dalam kategori tidak sihat, iaitu antara 101 hingga 200, manakala bacaan 201 hingga 300 dikategorikan sangat tidak sihat.
Selain Serian dan Kanowit, Kuching merekodkan 188, Samarahan 184, Tebedu 181, Lundu 177, Belaga 175 dan Sri Aman 174.
Sementara itu, Bario menjadi antara kawasan dengan bacaan lebih rendah apabila merekodkan IPU 73, iaitu dalam kategori sederhana.





