Laluan Sungai Stamin ditutup tiga hari sempena Regata Batang Kayan

Facebook
WhatsApp
PENUTUPAN sementara laluan di Sungai Stamin dilaksanakan bagi memastikan kelancaran dan keselamatan Pertandingan Lumba Perahu Regata Batang Kayan 2026. Foto Pejabat Daerah Lundu

LUNDU: Laluan trafik di sebahagian Perairan Sungai Stamin, Batang Kayan di sini akan ditutup sementara selama tiga hari sempena Pertandingan Lumba Perahu Regata Batang Kayan 2026.

Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) dalam notis Riverine No. LSS/HQ/RIV/100/2026 memaklumkan penutupan itu membabitkan laluan perlumbaan sepanjang kira-kira tujuh kilometer.

Penutupan berkuat kuasa dari Jumaat ini hingga 27 September, bermula 6.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari.

Sehubungan itu, semua juragan kapal dan bot serta pengguna sungai dinasihatkan supaya memperlahankan kelajuan dan berlayar dengan berhati-hati ketika menghampiri kawasan berkenaan.

Masyarakat perkapalan dan orang awam turut diminta memberikan kerjasama serta mematuhi arahan petugas sepanjang tempoh penutupan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Untuk rekod, pertandingan Lumba Perahu Regata Batang Kayan 2026 dianjurkan oleh Pejabat Daerah Lundu.