Polis cari waris wanita ditemui di Tabuan Jaya

Facebook
WhatsApp
WANITA berusia lingkungan 20-an yang ditemui di sekitar Tabuan Jaya dan kini sedang dibantu polis untuk mengesan waris atau ahli keluarganya.

KUCHING: Polis sedang mengesan waris atau ahli keluarga seorang wanita tempatan berusia lingkungan 20-an yang ditemui di sekitar Tabuan Jaya.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Supterintendan Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata, wanita berkenaan tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan tidak dapat memberikan maklumat mengenai identiti, alamat tempat tinggal atau ahli keluarganya.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mengenali wanita berkenaan atau mempunyai sebarang maklumat yang boleh membantu mengesan keluarganya supaya menghubungi Balai Polis Kota Samarahan di talian 082-662101.

“Kerjasama orang ramai dalam menyalurkan maklumat amat dihargai.

“Kami juga memohon agar hebahan ini dikongsikan bagi membantu mengesan waris atau ahli keluarga wanita berkenaan,” katanya.

Oleh Connie Chieng