KUCHING: Penyampai radio RED FM Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sarawak, Azrani Azmi, 47, meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri di pejabatnya di RTM Sarawak, di sini, malam tadi.
Adiknya, NurFarrah Hanna Azmi berkata Allahyarham ditemukan rakan sekerja kira-kira 8.40 malam sebelum dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS).
“Buat masa ini (pagi ini), pihak keluarga masih menunggu keputusan bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.
“Arwah tiada penyakit yang kritikal tetapi memang mempunyai penyakit darah tinggi,” katanya kepada Bernama.
Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang. – Bernama





