IPU Kanowit 226, masih kekal sangat tidak sihat, cecah 

Facebook
WhatsApp
BACAAN IPU setakat 12.00 tengah hari. Sumber NREB

KUCHING: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Kanowit mencatat bacaan tertinggi di Sarawak iaitu 226 setakat 12.00 tengah hari ini, kekal dalam kategori sangat tidak sihat.

Bacaan turut menunjukkan keadaan tidak sihat di Sibu (177), Betong (172), Sri Aman (171), Mukah (170), Belaga (165), Serian dan Sarikei masing-masing 159, Bintulu (156), Kuching (157), Samarahan dan Samalaju masing-masing 154, serta Kapit dan Lubok Antu masing-masing 153.

Sementara itu, beberapa kawasan lain mencatat bacaan dalam kategori sederhana, dengan Miri dan Tebedu masing-masing merekodkan IPU 95, ILP Miri (94), Lundu (89), Limbang (82), Lawas (74) dan Bario (69).

Penduduk di kawasan yang merekodkan bacaan IPU tinggi dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga dan mengurangkan aktiviti luar jika keadaan kualiti udara bertambah buruk, khususnya golongan berisiko seperti kanak-kanak, warga emas serta individu yang mempunyai masalah kesihatan berkaitan pernafasan.

Oleh Adele Rissa

Kanowit catat IPU 244, Lubok Antu 205

KUCHING: Kanowit merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) tertinggi di Sarawak dengan 244 pada 8.00 pagi ini, berada pada tahap