KUCHING: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Kanowit mencatat bacaan tertinggi di Sarawak iaitu 229 setakat 8.00 pagi ini, berada dalam kategori sangat tidak sihat.
Bacaan turut menunjukkan keadaan tidak sihat di Belaga (179), Sibu (177), Betong (170), Sri Aman (168), Mukah (167), Serian (159), Kuching, Kapit dan Bintulu masing-masing 157, Samalaju (156), Samarahan dan Sarikei masing-masing 155 serta Lubok Antu (154).
Sementara itu, keadaan di beberapa kawasan lain kekal dalam kategori sederhana, dengan Lundu mencatat IPU 96, Miri (92), ILP Miri (91), Limbang (83), Lawas (75) dan Bario (59).
Oleh Adele Rissa




