Penghawa dingin terbakar, penghuni rumah padam api sebelum bomba tiba

Facebook
WhatsApp
PENGHUNI rumah berjaya memadam kebakaran melibatkan unit penghawa dingin sebelum ketibaan pasukan bomba di Jalan Gambir, Sibu, hari ini. Foto PGO Bomba Sarawak

SIBU: Sebuah unit penghawa dingin terbakar sepenuhnya dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Gambir, di sini, tengah hari tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 12.08 tengah hari sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah dikerahkan ke lokasi.

“Kebakaran hanya melibatkan sebuah unit penghawa dingin dan tidak menyebabkan sebarang kerosakan pada struktur rumah,” katanya dalam satu kenyataan.

ANGGOTA bomba menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian selepas kebakaran sebuah unit penghawa dingin di sebuah rumah di Jalan Gambir, Sibu, hari ini. Foto PGO Bomba Sarawak

Beliau berkata, kebakaran itu berjaya dipadamkan oleh penghuni rumah sebelum ketibaan pasukan bomba.

“Setibanya di lokasi, Komander Operasi menjalankan pemantauan dan pemeriksaan bagi memastikan tiada lagi punca api atau bara yang berpotensi menyebabkan kebakaran semula,” katanya.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian berkenaan.

Oleh Tarani Lanting

Bakar sampah, api merebak ke rumah

MIRI: Tindakan membakar sampah hampir mengundang padah apabila api merebak ke sebuah rumah di Taman Fuu Tee, Lorong 5, di