IPU Kanowit tertinggi 186, 13 kawasan catat tahap tidak sihat

Facebook
WhatsApp
KANOWIT merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 186 dan dikategorikan pada tahap tidak sihat setakat 8.00 pagi ini.

KUCHING: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Kanowit merekodkan bacaan tertinggi iaitu 186 setakat 8.00 pagi ini dan dikategorikan pada tahap tidak sihat.

Bacaan tidak sihat turut direkodkan di Lubok Antu (178), Kuching dan Serian masing-masing 168, Betong/MCAQM (168), Samarahan (163), Sri Aman (161), Sibu (160), Lundu (157), Sarikei (152), Bintulu (151), Kapit (126) dan Tebedu (119).

Sementara itu, enam kawasan merekodkan bacaan pada tahap sederhana iaitu Samalaju (82), Miri (80), ILP Miri (65), Limbang (64), Lawas (62) dan Bario (60).

Mukah pula tidak mempunyai data terkini bagi tempoh berkenaan.