KUCHING: Kanowit mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi di Sarawak dengan 203 setakat 12.00 tengah hari ini, ketika keadaan jerebu masih menyebabkan kualiti udara tidak sihat di kebanyakan kawasan.
Bacaan 203 itu meletakkan Kanowit dalam kategori sangat tidak sihat, manakala Kuching merekodkan IPU 184 dan Samarahan 175, masing-masing dalam kategori tidak sihat.
Serian pula mencatat IPU 171, diikuti Sibu 164, Sarikei 162, Bintulu 158 dan Sri Aman 153.
Turut merekodkan bacaan tidak sihat ialah Mukah dengan IPU 153, Lundu (151), Tebedu (149), Kapit (125), Lubok Antu (101) dan Betong (166).
Sementara itu, beberapa kawasan berada pada kategori sederhana, antaranya Samalaju dengan bacaan IPU 96, Miri (75), ILP Miri (63), Limbang (54), Lawas (56) dan Bario (53).
Orang ramai dinasihatkan terus memantau bacaan IPU dan mengehadkan aktiviti di luar, khususnya golongan rentan, susulan keadaan kualiti udara yang masih belum pulih sepenuhnya.
Oleh Afiq Sallehi





