Prabowo arah tindakan keras terhadap syarikat terkait kebakaran hutan

Facebook
WhatsApp
JEREBU tebal menyelubungi Lapangan Terbang Tjilik Riwut di Palangkaraya, Kalimantan Tengah, pada 17 September 2026, apabila kawasan berkenaan diselubungi jerebu tebal akibat kebakaran hutan dan tanah. Foto AFP

JAKARTA: Presiden Indonesia Prabowo Subianto mengarahkan polis menyiasat sama ada syarikat yang dikaitkan dengan kebakaran hutan dan tanah di Sumatera dan Kalimantan boleh dipertanggungjawabkan secara jenayah, dengan menegaskan bahawa pembatalan lesen semata-mata tidak mencukupi, lapor Xinhua.

GAMBAR dari udara ini menunjukkan asap menyelubungi Tugu Khatulistiwa dan bandar Pontianak di Kalimantan Barat pada 17 September 2026. Foto AFP

Arahan itu dikeluarkan semasa mesyuarat Kabinet pada Rabu yang membincangkan usaha memadam kebakaran dan langkah mitigasi bagi tempoh satu setengah bulan akan datang, yang dianggap pihak berkuasa sebagai tempoh berisiko tinggi berlaku kebakaran.

Prabowo berkata lesen syarikat yang didapati bertanggungjawab terhadap kebakaran itu perlu dibatalkan dan syarikat berkenaan berdepan siasatan jenayah.

SEORANG lelaki memakai pelitup muka berjalan di sepanjang tebing sungai ketika jerebu akibat kebakaran hutan dan tanah menyelubungi Kampung Benua Melayu Laut di Pontianak, Kalimantan Barat, pada 17 September 2026. Foto AFP

Wilayah Kalimantan dan Sumatera di Indonesia berdepan kebakaran hutan dan tanah yang meluas tahun ini, dengan jerebu menjejaskan penerbangan, memaksa penutupan sekolah dan menyebabkan kualiti udara berada pada tahap berbahaya di beberapa kawasan di negara itu. – Bernama