Gempa bumi magnitud 3.7 dikesan 88 kilometer dari Sandakan

Facebook
WhatsApp
JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan gempa itu berlaku pada koordinat 6.6 darjah Utara dan 118.3 darjah Timur. Foto Facebook MetMalaysia

KOTA KINABALU: Gempa bumi lemah bermagnitud 3.7 dikesan berlaku pada jarak kira-kira 88 kilometer Utara dari Sandakan, Sabah pada 10.30 malam tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan gempa itu berlaku pada koordinat 6.6 darjah Utara dan 118.3 darjah Timur.

Menurut MetMalaysia, pusat gempa itu terletak kira-kira 354 kilometer Selatan dari Palawan, Filipina dan 88 kilometer Utara dari Sandakan, pada kedalaman 392 kilometer.

MetMalaysia memaklumkan kejadian itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. – Bernama

IPU Kuching terus meningkat, cecah 174

KUCHING: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Kuching terus meningkat apabila mencatat bacaan 174 setakat 4.00 petang ini, berbanding 161 pada