IPU 201, Lubok Antu catat bacaan IPU tertinggi di Sarawak

Facebook
WhatsApp
LUBOK Antu merekodkan bacaan IPU 201 dan dikategorikan pada tahap sangat tidak sihat setakat 12.00 tengah hari ini.

KUCHING: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Lubok Antu mencecah 201 setakat 12.00 tengah hari ini dan dikategorikan pada tahap sangat tidak sihat.

Bacaan itu menjadikan Lubok Antu sebagai kawasan dengan bacaan IPU tertinggi di Sarawak setakat waktu berkenaan.

Berdasarkan data pemantauan kualiti udara, IPD Serian pula merekodkan bacaan 181, Betong (170), Sri Aman (168), Samarahan (155), Kuching (154), Kanowit (149), Tebedu (129) dan Lundu (112), semuanya pada tahap tidak sihat.

Sebanyak 11 kawasan lain merekodkan bacaan pada tahap sederhana iaitu Sarikei (88), Sibu (99), Mukah (78), Kapit (75), Bintulu (77), Samalaju dan Miri masing-masing 70, ILP Miri (59), Limbang (55) dan Lawas (62).

Bario pula merekodkan bacaan IPU 43, iaitu pada tahap baik.