KUCHING: Serian terus merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap sangat tidak sihat dengan bacaan 239 setakat 12.00 tengah hari hari ini.
Selain Serian, tiga lagi stesen turut berada pada tahap sangat tidak sihat iaitu Lubok Antu dengan bacaan 218, Lundu (210) dan Tebedu (205).
Sementara itu, sebanyak lapan stesen mencatat bacaan IPU pada tahap tidak sihat, dengan Sri Aman merekodkan bacaan 200, Samarahan (188), Betong (NGAEM) (188), Kuching (185), Kanowit (173), Bintulu (152), Sarikei (139) dan Sibu (115).
Tujuh stesen pula berada pada tahap sederhana iaitu Mukah dengan bacaan 99, Samalaju (97), Miri (95), Lawas (93), ILP Miri (79), Limbang (79) dan Kapit (77), manakala Bario mencatat bacaan 62.
Berbanding bacaan jam 9.00 pagi, IPU Serian menurun daripada 258 kepada 239, manakala Lundu meningkat daripada 217 kepada 210 dan Lubok Antu meningkat daripada 217 kepada 218.
Tebedu pula menurun daripada 218 kepada 205, manakala Kanowit meningkat daripada 176 kepada 173.
Mengikut klasifikasi IPU, bacaan antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat, manakala bacaan antara 201 hingga 300 berada pada tahap sangat tidak sihat.
Bacaan pada tahap sangat tidak sihat boleh memburukkan keadaan kesihatan serta menjejaskan kesihatan awam, khususnya dalam kalangan individu yang mempunyai komplikasi jantung dan paru-paru.
Oleh Afiq Sallehi




