Festival Borderland jadi ruang lepaskan tekanan, himpun peminat muzik elektronik

Facebook
WhatsApp
COLMAN Hansen, 28, menikmati suasana Festival Borderland bersama rakan-rakannya sebagai ruang melepaskan tekanan selepas bekerja.

SANTUBONG: Festival Borderland bukan sekadar menjadi medan hiburan muzik elektronik, malah turut menyediakan ruang untuk pengunjung meluangkan masa untuk diri sendiri dan melepaskan tekanan selepas sibuk dengan tuntutan kerja.

Bagi pekerja kilang, Colman Hansen, 28, dari Bau, festival berkenaan menjadi peluang untuk meluangkan masa bersama rakan dan bapa saudaranya selepas melalui rutin pekerjaan yang mencetuskan tekanan.

“Lepas bekerja dan sebagainya, datang sini kira macam melepaskan tekanan. Dapat luangkan masa dan bersantai dengan kawan-kawan,” katanya ketika ditemui pada Festival Borderland, di sini.

EUGENE Shane, 22, dari Bau teruja menghadiri Festival Borderland buat kali pertama dan menyifatkan suasana serta persembahan DJ yang ditampilkan sebagai antara tarikan utama.

Colman berkata, beliau menghadiri festival itu selama dua hari sehingga hari ini, selain turut merancang untuk menghadiri acara muzik lain di Kuala Lumpur selepas ini.

Mengulas persembahan yang paling menarik perhatiannya, beliau menyifatkan keseluruhan pengalaman festival itu sebagai sesuatu yang menyeronokkan, khususnya dari segi sistem bunyi, suasana dan persembahan disc jockey (DJ).

“Bunyi muzik bagus, latar belakang pun bagus, semua lagu bagus. Semua DJ pun hebat,” katanya.

Sementara itu, pengunjung dari Bau, Eugene Shane, 22, berkata beliau mengetahui mengenai festival itu menerusi hantaran media sosial dan sudah lama menantikan penganjurannya.

DEEDEE Cassandra, 26, dari Ranau, Sabah, hadir ke Festival Borderland bersama rakan dan adiknya, menjadikan festival itu sebagai ruang berehat serta melepaskan tekanan selepas sibuk bekerja.

Menurutnya, Festival Borderland tahun ini merupakan pengalaman pertamanya menghadiri acara berkenaan, dengan suasana dan pilihan muzik menjadi antara tarikan utama.

“Lagu semua hebat, suasana pun cun. DJ pun sangat steady,” katanya.

Eugene berkata, beliau berharap festival seumpama itu dapat diteruskan pada masa akan datang dengan menampilkan lebih ramai DJ popular dan persembahan yang lebih pelbagai.

Bagi pengunjung dari Ranau, Sabah, Deedee Cassandra, 26, Festival Borderland menjadi sebab utama beliau datang ke Kuching bersama rakan-rakan dan adiknya.

RANDY Mathew, 36, dari Kuching menganggap Festival Borderland sebagai antara acara tahunan yang dinantikannya untuk mendapatkan masa peribadi dan menikmati persembahan muzik.

Beliau yang juga penyampai radio di Sabah berkata, kunjungan itu turut dimanfaatkan sebagai percutian singkat selama empat hari untuk merehatkan fikiran selepas melalui tempoh kerja yang amat sibuk sejak awal tahun.

“Saya datang sini memang untuk lepaskan tekanan sebab dari awal tahun sampai sekarang, kerja sangat sibuk.

“Jadi, saya bersyukur dapat datang ke sini, luangkan masa bukan saja dengan kawan-kawan, tetapi juga dengan adik saya, untuk melepaskan tekanan dan betul-betul berseronok,” katanya.

Deedee berkata, Festival Borderland kali ini merupakan kunjungan keduanya selepas menghadiri edisi pertama yang berlangsung di Miri sebelum ini.

Antara perkara yang dinantikan beliau ialah persembahan DJ dari Indonesia, DNA dan Indah Kus, yang sebelum ini hanya diikuti menerusi telefon bimbit.

“Selalu tengok mereka dari handphone saja, jadi kali ini dapat tengok secara langsung buat kali pertama,” katanya.

Sementara itu, pengunjung asal Kuching, Randy Mathew, 36, yang bekerja sendiri menyifatkan Borderland Festival sebagai antara acara tahunan yang dinantikannya di Kuching.

Beliau berkata, festival berkenaan memberi peluang kepadanya untuk mendapatkan masa peribadi dan melepaskan tekanan selepas bekerja.

“Macam bekerja, kita perlukan masa untuk diri sendiri atau ‘me time’ untuk lepaskan tekanan. Jadi, ini antara yang terbaik bagi saya,” katanya.

Jelas Randy, beliau turut menghadiri beberapa acara lain di Kuching termasuk Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF), dan menganggap Borderland sebagai antara acara yang semakin mendapat tempat dalam kalangan peminat muzik.

Katanya, persembahan DJ dari Indonesia, DNA, menjadi antara tarikan kegemarannya pada edisi kali ini, manakala beliau turut menantikan persembahan KSHMR pada hari kedua festival.

Beliau berharap penganjur dapat terus menampilkan lebih ramai DJ popular pada edisi akan datang bagi menarik lebih ramai pengunjung.

“Harapan kami supaya lebih ramai DJ popular dibawa ke sini supaya orang ramai dapat datang dan menikmati festival ini,” katanya.

Oleh Afiq Sallehi

POLYCC perkukuh peranan sebagai peneraju TVET

KOTA SAMARAHAN: Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) terus memperkukuh peranannya sebagai peneraju Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negara