Brad Pitt, Ines de Ramon usaha dapatkan zuriat

Facebook
WhatsApp
BRAD Pitt dan Ines de Ramon dilaporkan sedang berusaha mendapatkan zuriat serta merancang untuk membina keluarga bersama. AGENSI

LOS ANGELES: Hubungan pelakon Hollywood, Brad Pitt dan teman wanitanya, Ines de Ramon, kembali menjadi perhatian apabila pasangan itu dilaporkan sedang berusaha mendapatkan zuriat.

Menurut laporan In Touch, Brad, 62, dan Ines, 33, dikatakan telah mencuba untuk mendapatkan anak sejak 2024, namun usaha itu masih belum berhasil.

Sumber yang rapat dengan pasangan berkenaan mendakwa mereka tidak berputus asa dan mahu membina keluarga bersama, malah Brad dikatakan mengimpikan sekurang-kurangnya dua atau tiga cahaya mata.

Pelakon filem F1 itu turut dilaporkan mempertimbangkan beberapa pilihan, termasuk kaedah ibu tumpang dan pengambilan anak angkat, namun pandangan Ines menjadi keutamaan dalam menentukan langkah seterusnya.

Lebih menarik, Brad dikatakan berharap mereka berpeluang mendapat anak kembar.

Dalam pada itu, dakwaan bahawa pasangan tersebut telah berkahwin secara rahsia turut mencetuskan spekulasi mengenai perancangan masa depan mereka. Bagaimanapun, Brad dan Ines belum mengesahkan perkara itu.

Hubungan pasangan tersebut mula mendapat perhatian selepas mereka menjalinkan percintaan sekitar empat tahun lalu, termasuk perbezaan usia 29 tahun antara mereka.

Brad sebelum ini pernah menyatakan tidak berhasrat untuk berkahwin lagi selepas melalui dua perceraian.

Sumber itu turut mendakwa Brad menganggap Ines bakal menjadi ibu yang hebat dan berharap mereka dapat menyambut sekurang-kurangnya seorang cahaya mata dalam masa terdekat sebelum menambah bilangan anak pada masa hadapan.- AGENSI

Tokoh seni budaya Terengganu meninggal dunia

KUALA TERENGGANU: Tokoh Seni Budaya Terengganu Wan Salmah Wan Sulaiman, 82, meninggal dunia akibat kekurangan oksigen di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ)