Lelaki maut selepas tamat sesi latihan berkayuh di Sungai Sibuti

Facebook
WhatsApp
PILU... Kelihatan ahli keluarga dan kumpulan kayuh ketika di Klinik Kesihatan Bekenu menunggu van jenazah pada malam ini.

BEKENU: Seorang lelaki meninggal dunia selepas tamat sesi latihan berkayuh bersama kumpulannya di Sungai Sibuti, petang tadi.

Mangsa berusia 50-an, dari Kampung Tengah, Bekenu, dipercayai mengalami keletihan selepas sesi latihan berkenaan.

Menurut seorang ahli kumpulan yang enggan namanya disiarkan, kejadian berlaku ketika mereka bersama-sama menarik perahu panjang ke darat selepas tamat latihan.

“Ketika itu, mangsa tiba-tiba muntah sebelum rebah dan pengsan. Melihat keadaannya, kami terus membawanya ke Klinik Kesihatan Bekenu kira-kira 6.00 petang untuk mendapatkan rawatan.

“Bagaimanapun, usaha menyelamatkan mangsa gagal,” katanya ketika ditemui di Klinik Kesihatan Bekenu malam ini.

Utusan Sarawak difahamkan, sesi latihan itu diadakan sebagai persiapan menyertai pertandingan kayuh sempena Regatta Niah yang dijadual berlangsung dari 25 hingga 27 September ini.

Oleh Adum Liu