Suatu Petang, Secawan Teh dan Sekeping Roti Bakar

Facebook
WhatsApp

AKU memerhati suasana petang di Restoran Mastura agak sibuk sentiasa dengan pelanggannya. Saban hari tidak pernah lengang. Apa agaknya istimewa dengan Restoran Mastura?

Aku juga antara pelanggan yang kerap kali ke sini kerana berdekatan dengan pejabatku. Mungkin juga kerana tempatnya yang strategik itu menjadi tumpuan ramai orang bertandang ke Restoran tersebut.

Apabila aku memerhati ketangkasan dan kecekapan pelayan yang mengambil pesanan minuman mahupun makanan antara sebabnya juga Restoran ini tersohor dan sentiasa menjadi sebutan sesiapa yang pernah mengunjungi restoran itu. Pengurus Restoran itu seorang wanita yang agak berumur, pesara dan bekas seorang guru begitu peramah orangnya.

Menu di situ juga sedap-sedap belaka. Aku pula meminati roti bakarnya dan teh kurang manis merupakan menu rutinku. Cukuplah sekadar untuk alas perut minum petang. Setelah jenuh aku mengadap kerja-kerja yang dipejabat, aku turun minum di Restoran Mastura ini. Penat juga otak ini bekerja dan berfikir.

Manusia juga perlu rehatnya. Begitu jugalah mesin dan robot perlu juga berehat. Nanti otak juga keletihan dan badan kita juga yang lesu. Mesin kalau terlalu lama bekerja dan digunakan pasti akan rosak.

Pada mulanya aku bertandang ke Restoran ini apabila dibawa oleh rakan sekerjaku, Balkish. Aku jarang minum  diluar , malas itulah alasanku kepada rakan-rakan yang lain. Sesekali seronok juga duduk memerhati gelagat dan ragam manusia yang datang berkunjung ke restoran ini.

Aku memerhati meja di hadapan aku, seketika aku berjeda suasana seperti ini pernah aku bermimpi. Namun aku abaikan, entah apa yang aku melalut pula. Aku meneruskan minum petang aku itu tanpa gangguan memikirkan tekanan kerja di pejabat. Pasti si Balkish mencari aku agaknya.

Panjang umur Balkish, baharu sahaja disebut, deringan nada pesanan ringkas menganggu lamunannya. Bertanyakan ke mana perginya aku, lantas aku membalasnya ada urusan yang tidak dapat dielakkan, sedangkan aku berada tidak jauh dari pejabat.

Agak senang dengan suasana aku sekarang ini, mahu bersendirian, tidak mahu diganggu. Biarlah majikannya, Tuan Haji Baha mencarinya. Apa salah sekali sekala dia memberi ruang kepada dirinya sendiri agar tidak diganggu dengan kerja dan tanggungjawab yang semakin lama mencengkam dirinya.

Lamunannya terganggu, apabila dia disapa oleh seseorang yang tidak dikenali.

“Cik boleh saya duduk di sini, meja semua dah penuh.” Tegur satu suara.

Aku menoleh sambil tersenyum paksa, oleh kerana terkejut dengan sapaan itu, aku hanya mengangguk sahaja.

“Silalah, saya biasa sahaja. Nak buat macamana restoran ini sentiasa dikunjungi oleh pelanggannya.” Jawab aku acuh tak acuh pula.

Lelaki itu menarik kerusi dan duduk seraya menatap wajah aku pula. Kenapa agaknya. Namun suasana ini macam dalam mimpi semalam juga.

Pelik benar, entah apa-apa pula fikiran aku ini menerawang memikirkan yang bukan-bukan sahaja.

Lelaki itu fokus menikmati minum petang dengan teh  kosong dan canai telurnya.

“Cik makan sekali, saya suka canai ni dan kuah kacang dal” kata lelaki itu lagi.

“Saya dah makan, dah habis pun.” Balasku pula. Aku hanya membelek-belek majalah wanita yang baru ku beli tadi. Tapi tidak dapat membaca, kerana tidak selesa pula, apa boleh buat kasihan pula si lelaki yang tidak ada tempat duduk.

“Awak kerja kat mana? “tanya lelaki itu lagi. Aku membetulkan tudungku, rasa segan pula. Pertama kali berjumpa dengan lelaki yang tidak dikenali dan sesi suaikenal yang tidak dirancang.

“Pejabat saya kat depan tu.” kataku sambil menunjukkan arah kepadanya.

“Ermm… kalau macam tu selalulah minum kat sini, dekat pula tu” lelaki itu usai sudah dengan minum petangnya.

Hairan pula aku, kenapalah lama pula duduk bersenggang macam ni. Aku bermalas pula nak bangkit dan balik ke pejabat.

“Tidaklah selalu, hari ini sahaja saya duduk berehat, penat buat kerja.” Ketidakselesaan mungkin jelas di mata lelaki itu. Aku bersahaja menjawab setiap soalannya.

“Pejabat saya di belakang pejabat cik. “Teguh Holding”. Semakin rancak pula lelaki itu berbual dengan aku.

“Yakah, Nampak gayanya saudara bekerja di kawasan sini juga.” Kataku lagi sambil memerhati jam di tangan.

Berat benar rasanya dia nak bangun dari tempat duduknya itu. Entah apa pula istimewanya minum petang itu bersama insan yang tidak dikenali aku.

Lain benar suasana restoran petang itu, masih ramai lagi pelanggan yang belum pulang, aku yang kegelisahan. Tapi macam seronok pula duduk berehat seperti ini sudi sekali sekala.

Sekali menoleh, macam kenal sahaja aku kelibat itu, Balkish. Baru nak minum petang agaknya. Dia membuat pesanan menunya. Dia memerhati namun tidak dapat aku elakkan, matanya tertancap ke arah aku. Aku melambai tangan ke arahnya, memberi isyarat supaya duduk bersama aku.

Balkish berjalan menuju ke arah aku dengan senyum yang penuh makna. Aku faham mesti dia sangkakan aku berdua-duaan dengan lelaki yang duduk semeja dengan aku sekarang ini.

“Patutlah aku cari, kat sini rupanya sahabat aku ni” tegur Balkish.

“Sekali sekala aku nak bersendirian,tak mahu kau ganggu. Restoran ini penuh dengan pelangganlah hari ini.” Terangku lagi.

“Cik,terima kasih kerana sudi duduk minum dengan saya. Saya nak balik ke pejabat ni.” Lelaki itu terus bangkit dan beredar dari situ.

Balkish terpinga-pinga memandang ke arah aku. Aku tahu mesti dia kehairanan siapalah lelaki itu. Aku hanya mampu tersenyum.

“Siapa lelaki tu? Bukan mata air kau? ‘soalannya pula.

“Sentaplah aku sahabat,kau tanya macam tu, aku tak kenal lelaki tu, dia duduk sama sebab tak ada meja yang kosong. Jadi meja aku ni yang istimewa, kasihanlah kat dia nak minum, takkan nak minum berdiri pula.” Geleng kepala aku mendengarkan soalan Balkis itu.

“Tuan Haji cari kau, aku cakaplah kau ada urusan di bank. Keluar sendiri-sendiri tak ajak aku pun, apa punya sahabatlah.” Leter Balkish lagi.

Aku menatap wajah si minah yang suka membebel, tak dapat nak jawab. Aku mengeluh di dalam hati tiada siapa yang tahu apa yang berkocak dalam hati aku ketika ini.

“Tertekanlah Balkish, dengan tugas baharu yang diamanahkan oleh Tuan Haji tu, tak beres lagi tapi aku cuba selesaikan juga.Biul kepala aku ini. Tadi dah bergaduh dengan pembekal, itu yang buat aku jadi bengang.” terang aku lagi.

Jangan fikir senang-senang sahaja aku nak keluar macam ni. Siapa yang dapat jadi manusia yang sempurna. Biasalah kita tidak dapat lari dari permasalahan.

“Aku faham perasaan kau, yalah maafkan aku kalau aku menyinggung hati kau pula” pujuk Balkish.

“Tak adalah aku merajuk, biasa sahaja. Tak payah nak ambil hati. Macam tak kenal aku.” Aku pula yang memujuk Balkish.

Kami berdua memang tidak sedar akan jam untuk pulang ke pejabat. Seronok benar berbual di luar, kalau di pejabat tak dapatlah, masing-masing sibuk dengan kerja. Tuan Haji majikan aku tu, tegas orangnya.

Tanpa disedari kami berdua disapa oleh dua orang wanita yang tidak dikenali.

“Assalammualaikum, cik. Kami nak menumpang minum. Meja masih penuh lagi.” Kata wanita itu. Sudah berusia gamaknya.

“Waalaikumsalam, boleh kak. Jemputlah duduk.” Kataku lagi, agak terkejut juga.

Memang bertuah meja aku petang tu, meja no. 3. Balkish biasalah dengan sikapnya yang peramah itu terus berbual dengan kakak berdua itu.

Apa yang aku hairan kakak berdua itu pun ada dalam mimpi aku juga. Memang serupa dengan mimpi aku semalam, apalah hikmah di sebalik ini semua. Tuhan sahaja yang Mengetahui segalanya.

Rancak sungguh perbualan kami, waima tidak kenal siapa pun. Balkish apa lagi memang berborak sakan.

Aku mengikuti perbualan bersama, namun fikiran aku terganggu dengan keadaan ketika ini. Apa di sebalik ini semua. Berkaitan sekali dengan mimpi aku semalam. Apabila aku memerhati baju kurung yang aku pakai memang serupa.

Balkish menegurku, mungkin aku tampak tidak selesa. Namun ku pendam sahaja, biarlah nanti akan ketahuan juga.

Kakak berdua itu meminta diri untuk pulang, kami berdua masih lagi duduk berbual dan masih memesan minuman.

Hairan benar apa yang berlaku ini sebenarnya, aku konflik dengan diriku sendiri! Balkish tidak akan mengerti apa yang aku fikirkan, biarlah aku sahaja yang mengerti.

Memang asyik benar kami berdua Balkish, baik pula hati Tuan Haji tidak mencari kami berdua. Macam-macam perkara yang kami berdua luahkan petang itu, tapi seronok juga hati dan fikiran aku tidaklah tertekan. Balkish memang seorang yang sudi mendengar dan bukanlah jenis yang suka menyibuk dengan hal orang lain. Agak senang aku berkawan dengannya. Kami berdua masih berbual panjang, tuan yang punya restoran kak Mastura datang ke meja kami.

“Boleh tak kakak suruh mereka duduk kat meja ni. Pelanggan petang ini luarbiasalah, ramai pula.”tegur kak Mastura. Tangannya menunjuk ke arah pelanggan yang baru sahaja sampai itu.

“Boleh kak, tak menjadi masalah” ringkas sahaja jawapan si Balkish.

Kak Mastura melambai ke arah tiga orang pelanggannya itu, semuanya lelaki. Agak segak dengan baju kot. Siapa pula, gerutu hati kecilku.

“Maaflah kami bertiga ini menganggu saudari berdua minum.” Kata salah seorang dari mereka, agak berumur.

“Jemput duduk, Tuan. Tidak mengapa. Apa pula yang menganggu.” Kataku sambil menjemput mereka duduk.

Ini lain pula, mereka bertiga rupanya orang korporat, masing-masing sibuk berbincang hal perniagaan mereka. Nampak gayanya kami berdua Balkish tidak masuk dalam perbincangan mereka itu.

Kami berdua berbual seperti biasa sahaja. Masing-masing dengan karenah sendiri. Tapi aku curi-curi dengar juga perbualan tiga ahli perniagaan itu. Nampak macam serius pula hal mereka. Kami berdua Balkish terasing pula. Nampaknya meja ini memang sesuai untuk tiga ahli perniagaan itu.

Perbualan kami berdua Balkish sudah tidak kedengaran dek kerana perbincangan mereka bertiga. Nampak gayanya kami berdua Balkish perlu beredar kerana jam sudah pukul 6 petang.

Akhirnya kami berdua yang pamit, aku mahu ke pejabat menyelesaikan tugas yang belum sudahnya. Biasalah aku akan mengambil kerja lebih masa. Rasa bersalah pula aku berperangai seperti itu tadi.

Tidak pernah pula kami berbual begitu lama. Aku tetap memikirkan dan tertanya-tanya apa yang berlaku tadi adalah mimpi aku yang semalam. Ada hikmah di sebalik ini semua, mungkin aku belum menyedarinya.

Oleh Dayang Mary Marlini Abang Adeni

Pemilihan Kata yang Menjadi dalam Sajak

APABILA memperkatakan sajak, fokus utamanya tentu sahaja tentang pemilihan kata. Walaupun tema menjadi asas pemikiran sesebuah sajak dilahirkan, pemilihan kata

Puisi

Pelangi Malaysia, Warna Perpaduan Sesudah hujan darah reda di dada sejarah, pelangi terbit di langit merdeka. merahnya nyala semangat wira,