Sarikei catat IPU tertinggi Sarawak pagi ini

Facebook
WhatsApp
Sarikei catat IPU tertinggi Sarawak pagi ini

KUCHING: Sarikei merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi di Sarawak pada paras 194, namun masih dalam kategori tidak sihat setakat 8.00 pagi ini.

Berdasarkan data terkini, sebanyak 13 daripada 20 stesen pemantauan di seluruh negeri mencatatkan bacaan IPU tidak sihat, manakala enam stesen berada pada tahap sederhana dan satu lagi pada tahap baik.

Selepas Sarikei, bacaan tinggi turut dicatatkan di Serian pada 186, Lundu (184), Samarahan (181), Kuching (172) dan Lubok Antu (167).

Stesen lain yang merekodkan tahap tidak sihat ialah Samalaju (164), Tebedu (163), Betong (160), Sri Aman (158), Kanowit (156), Sibu (155), Mukah (153) dan Bintulu (106).

Sementara itu, enam kawasan mencatatkan kualiti udara pada tahap sederhana iaitu ILP Miri dengan bacaan 90, Kapit (79), Miri (75), Lawas (64) dan Limbang (62).

Bario pula menjadi satu-satunya kawasan yang merekodkan tahap baik dengan bacaan IPU 17.

Mengikut kategori IPU, bacaan antara 0 hingga 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan 301 hingga 400 berbahaya.

Orang ramai khususnya golongan berisiko dinasihatkan supaya terus mengambil langkah berjaga-jaga dan mengurangkan aktiviti luar sekiranya keadaan jerebu menjejaskan kesihatan.

Oleh Norman B