Lundu, Serian catat IPU sangat tidak sihat

Facebook
WhatsApp
Lundu, Serian catat IPU sangat tidak sihat

KUCHING: Lundu dan Serian mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap sangat tidak sihat setakat 8.00 pagi ini.

Berdasarkan bacaan IPU bagi Sarawak, Lundu merekodkan bacaan tertinggi iaitu 233, manakala Serian mencatatkan 212.

Sebanyak 15 kawasan lain pula berada pada tahap tidak sihat, dengan Lubok Antu merekodkan IPU 190, diikuti Kuching dan Samarahan masing-masing 186.

Sri Aman, Sarikei dan Tebedu masing-masing mencatatkan bacaan 174, Miri dan ILP Miri (172), Samalaju (170) serta Betong (MCAQM) 164.

Mukah pula merekodkan IPU 157, Bintulu (156), Kanowit (153), Sibu (104) dan Lawas (101), kesemuanya pada tahap tidak sihat.

Sementara itu, Kapit dan Limbang berada pada tahap sederhana dengan bacaan masing-masing 91 dan 90.

Bario menjadi satu-satunya kawasan yang mencatatkan tahap baik dengan bacaan IPU 21 setakat 8.00 pagi.

Mengikut kategori IPU, bacaan antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat dan 201 hingga 300 sangat tidak sihat.

Oleh Norman B