Geran UNIFOR RM500,000 bantu naik taraf Sarawak Blessed Church

Facebook
WhatsApp
WILFRED Yap menyerahkan geran UNIFOR RM500,000 kepada Sarawak Blessed Church bagi membantu kerja menaik taraf kemudahan gereja berkenaan.

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, Wilfred Yap, hari ini menyerahkan geran Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) berjumlah RM500,000 kepada Sarawak Blessed Church bagi membantu kerja menaik taraf dan membaiki kemudahan gereja berkenaan.

Yap berkata, peruntukan itu mencerminkan komitmen berterusan kerajaan Sarawak dalam menyokong rumah ibadat serta kemudahan masyarakat.

 “Geran ini akan membantu Sarawak Blessed Church melaksanakan kerja menaik taraf bagi menyediakan persekitaran yang lebih selamat, selesa dan kondusif untuk jemaah serta aktiviti kemasyarakatan,” katanya.

 Beliau berkata, kerajaan Sarawak akan terus memastikan pembangunan inklusif yang memberi manfaat kepada seluruh masyarakat tanpa mengira kaum dan agama.

 Oleh Connie Chieng