Seni dan warisan masyarakat Cina meriahkan Malam Pentas Cina BCF 2026

Facebook
WhatsApp
RASMI…Datuk Teo Boon Siew yang mewakili Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Dato Sri Tiong King Sing semasa melakukan simbolik perasmian pada Malam Pentas Cina BCF 2026.

SIBU: Kepelbagaian seni dan warisan masyarakat Cina menjadi tumpuan pada Malam Pentas Cina sempena Pesta Kebudayaan Borneo (BCF) 2026 yang berlangsung di Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa 1, di sini, malam tadi.

Program anjuran Persatuan Cina Bersatu (UCA) Bahagian Sibu itu menampilkan pelbagai persembahan kebudayaan, antaranya orkestra Cina, tarian alu-aluan, pertunjukan tukar wajah, tarian naga dan singa, Wushu, tarian Cina serta Gendang 24 Musim.

Program dimulakan dengan persembahan orkestra Cina oleh Persatuan Klan Chen (Ling Chuan) Sibu, diikuti tarian alu-aluan oleh The One Dance Studio dan pertunjukan tukar wajah oleh Edmond Wong Yik Tze.

Persatuan Seni Mempertahankan Diri Sibu (Quan Shu) kemudian memeriahkan pentas menerusi persembahan tarian naga dan singa serta Wushu.

Antara institusi pendidikan dan kumpulan kebudayaan yang turut mengambil bahagian ialah Tadika Bintang Jaya, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Sacred Heart Chinese, SJK Taman Rajang, SJK Thai Kwang, Sekolah Menengah Guong Ming, Sekolah Menengah Kiang Hin, Sekolah Menengah Wong Nai Siong dan Persatuan Muzik Rejang Sibu.

Persembahan Gendang 24 Musim oleh SJK Sacred Heart Chinese turut mencuri perhatian penonton, selain persembahan solo oleh Ahli Majlis Yong Ing Hock dan Alex Moh.

Penglibatan pelbagai sekolah dan kumpulan kebudayaan tempatan dalam program itu sekali gus mencerminkan usaha berterusan dalam memelihara seni dan warisan masyarakat Cina dalam suasana masyarakat berbilang kaum.

Majlis itu dirasmikan oleh Datuk Teo Boon Siew yang mewakili Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Dato Sri Tiong King Sing.

Turut hadir Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling, Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS), Clarence Ting Ing Horh, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur BCF 2026 Kaunselor Michelle Law Wan Ling dan Presiden UCA Ngieng Hock Teck.

Oleh Tarani Lanting

Rumah usang runtuh di Kampung Muhibbah

MIRI: Bahagian hadapan sebuah rumah di Kampung Muhibbah, di sini, runtuh pagi tadi dipercayai akibat keadaan struktur rumah yang sudah