IPU Serian meningkat, Lundu catat 285

Facebook
WhatsApp
BACAA IPU setakat 4.00 petang ini.

KUCHING: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di beberapa kawasan di Sarawak terus meningkat setakat 4.00 petang hari ini berbanding 12.00 tengah hari tadi.

Menurut data Lembaga Alam Sekitar dan Sumber Asli (NREB), Serian mencatat peningkatan paling ketara, iaitu daripada 222 kepada 256, meningkat 34 mata, manakala Lundu meningkat daripada 260 kepada 285, iaitu 25 mata.

Bacaan di Tebedu turut meningkat daripada 177 kepada 196, manakala Limbang daripada 138 kepada 151.

Sementara itu, bacaan di Samarahan menurun sedikit daripada 236 kepada 233, Sarikei daripada 197 kepada 195, Sibu daripada 185 kepada 184, Mukah daripada 182 kepada 178, Bintulu daripada 169 kepada 167, Samalaju daripada 175 kepada 174, ILP Miri daripada 169 kepada 167 dan Bario daripada 90 kepada 78.

Bacaan di Kuching pula meningkat daripada 193 kepada 196, Sri Aman daripada 183 kepada 188, Kapit daripada 92 kepada 93, Miri daripada 166 kepada 167, Lubok Antu daripada 197 kepada 200 dan Lawas daripada 149 kepada 150.

Kanowit kekal pada bacaan 222, manakala Betong mencatat bacaan 186.

Secara keseluruhan, 11 kawasan menunjukkan peningkatan bacaan, lapan kawasan menurun dan satu kawasan kekal berbanding bacaan pada jam 12 tengah hari tadi.

Berdasarkan klasifikasi IPU, bacaan antara 201 hingga 300 berada pada tahap sangat tidak sihat, manakala bacaan antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat.

Oleh Shikin Mahmud

Samarahan catat IPU tertinggi pagi ini

KUCHING: Samarahan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi di Sarawak dengan 218, sekali gus berada pada tahap sangat tidak