IPU Tebedu tertinggi di Sarawak, sembilan stesen catat tahap tidak sihat

Facebook
WhatsApp
TEBEDU mencatatkan bacaan IPU tertinggi di Sarawak iaitu 193 pada kategori tidak sihat setakat 8.00 pagi ini, diikuti IPD Serian (192) dan Kuching (187).

KUCHING, 25 Oktober: Tebedu merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) tertinggi di Sarawak iaitu 193 pada kategori tidak sihat setakat 8.00 pagi ini.

Selain Tebedu, IPD Serian turut mencatatkan bacaan tinggi iaitu 192, diikuti Kuching (187), Lundu (186), Samarahan (183), Lubok Antu (171), Sri Aman (159) dan Betong (154).

Belaga turut merekodkan bacaan IPU tidak sihat iaitu 102, menjadikan sembilan stesen di Sarawak berada pada kategori tersebut.

Sementara itu, 12 stesen lain mencatatkan bacaan pada tahap sederhana, termasuk Kapit (100), Sibu (95), Kanowit (93), Bintulu (92), Lawas (90), Sarikei (81), Samalaju (79), Limbang (77), Bario (77), Mukah (67), Miri (67) dan ILP Miri (64).

Menurut nota status IPU NREB Malaysia, bacaan tersebut dikira berdasarkan purata bergerak 24 jam bagi parameter yang paling dominan.