KUCHING: Semua kerja pembinaan bagi projek di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak di kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan darurat jerebu hendaklah dihentikan serta-merta sepanjang tempoh pengisytiharan berkuat kuasa.
JKR Sarawak menerusi notis penting yang dikeluarkan untuk perhatian dan hebahan media memaklumkan arahan itu dilaksanakan sebagai langkah keselamatan susulan keadaan jerebu yang melanda kawasan terlibat.
Menurutnya, semua kerja pembinaan bagi projek di bawah JKR Sarawak yang dilaksanakan di kawasan terbabit tidak dibenarkan diteruskan sepanjang tempoh pengisytiharan darurat jerebu.
Orang ramai dan pihak berkepentingan diminta mengambil maklum mengenai arahan berkenaan bagi memastikan aspek keselamatan sepanjang tempoh darurat jerebu diberi keutamaan.
Oleh Adele Rissa




