Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Bank Bergerak Agrobank mulakan operasi di Padawan
  • BISNES

Bank Bergerak Agrobank mulakan operasi di Padawan

Utusan Sarawak 4 years ago
SEORANG pegawai Agrobank membantu pelanggan menggunakan Mesin Juruwang Automatik (Mesin ATM) pada hari pengoperasian perkhidmatan bank bergerak Agrobank semalam.

PADAWAN: Perkhidmatan Bank Bergerak Agrobank telah memulakan operasinya di kawasan Padawan, semalam.

Pengarah Wilayah Agro Bank Sarawak Abdul Halek Abdullah berkata, inisiatif ini merupakan kerjasama Kerajaan Sarawak bersama Agro Bank di bawah Unit Perancang Ekonomi Sarawak.

“Untuk program pertama kali ini, AgroBank akan memberi tumpuan kepada masyarakat di kawasan luar bandar seperti di kawasan Padawan ini.

“Ia juga akan memberikan akses yang lebih menyeluruh kepada komuniti penduduk di luar bandar untuk mendapatkan perkhidmatan perbankan.

“Kita bermula di kawasan Padawan dalam tempoh satu minggu dahulu dan minggu depan kita akan ke destinasi yang seterusnya dengan  mengambil kira kebolehcapaian liputan internet,” katanya.

Beliau berkata demikian pada media pada pelaksanaan operasi perkhidmatan bank bergerak Agrobank di Perkarangan Pejabat Daerah Kecil Padawan, Jalan Borneo High semalam.

Beliau berkata, antara perkhidmatan yang disediakan oleh Agrobank kepada penduduk kawasan di sekitar Padawan ialah perkhidmatan Mesin Juruwang Automatik (Mesin ATM), kaunter pembukaan akaun dan kad debit.

Untuk pembukaan akaun mereka hanya membayar RM50 bagi  pembukaan akaun, kad debit ATM dan takaful perlindungan.

Jelasnya lagi, berkenaan dengan mikro kredit Sarawak, kerajaan negeri telah menyalurkan sebanyak dua kali peruntukan kepada Agro Bank, yang pertamanya ialah pada tahun 2020 sebanyak RM25 juta dan tahun ini RM20 juta.

“Jadi jumlah keseluruhannya ialah RM45 juta. Sambutan daripada penduduk Sarawak setakat ini adalah sangat menggalakkan di mana banyak usahawan kecil telah bersama-sama dengan Agro Bank,” katanya lagi.

Oleh JEAKQLEYN YACHO

Continue Reading

Previous: Bayaran GKP 3.0 PEMERKASA mulai disalurkan
Next: RM167.98 juta sokong industri pertanian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.