Jerebu dijangka berterusan di Sarawak hingga Ahad

Facebook
WhatsApp
Keadaan berjerebu menyelubungi beberapa kawasan di Sarawak susulan fenomena jerebu yang dijangka berterusan di kebanyakan bahagian negeri itu sehingga Ahad ini.

KUCHING: Keadaan jerebu dijangka berterusan di kebanyakan bahagian Sarawak sehingga Ahad ini berdasarkan ramalan cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) bagi tempoh 4 hingga 6 September.

Berdasarkan laporan METMalaysia kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), fenomena berkenaan diramalkan berlaku di hampir semua bahagian Sarawak sepanjang tempoh tersebut.

Hari ini, keadaan itu dilaporkan berlaku di Bintulu, Kapit, Kuching, Miri, Mukah, Samarahan, Sarikei, Serian, Sibu dan Limbang, manakala hujan dijangka berlaku di Sri Aman dan Betong pada sebelah pagi.

Pada sebelah petang dan malam, hujan serta ribut petir diramalkan berlaku di beberapa tempat, selain jerebu yang masih berterusan di kawasan tertentu.

Esok, hampir semua bahagian Sarawak termasuk Sri Aman, Betong, Bintulu, Kapit, Kuching, Miri, Mukah, Samarahan, Sarikei, Serian, Sibu dan Limbang diramalkan mengalami jerebu pada sebelah pagi.

Pada sebelah petang dan malam, ribut petir serta hujan dijangka berlaku di beberapa tempat, manakala jerebu masih diramalkan berterusan di kawasan tertentu.

Keadaan sama dijangka berterusan pada Ahad, dengan fenomena tersebut meliputi kebanyakan bahagian Sarawak pada sebelah pagi, selain hujan dan ribut petir di beberapa kawasan pada sebelah petang dan malam.

Dalam pada itu, METMalaysia tidak mengeluarkan sebarang amaran bagi kategori hujan berterusan sepanjang tempoh ramalan berkenaan.

IPU Serian 518, tahap sangat berbahaya

KUCHING: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di IPD Serian kekal pada paras 518 dan dikategorikan sebagai sangat berbahaya setakat 10.00