KUCHING: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di IPD Serian kekal pada paras 518 dan dikategorikan sebagai sangat berbahaya setakat 10.00 pagi ini.
Berdasarkan data pemantauan kualiti udara, empat lagi kawasan merekodkan bacaan pada tahap berbahaya, iaitu Lubok Antu (398), Tebedu (345), Lundu (323) dan Kuching (310).
Sementara itu, Samarahan (281), Sri Aman (245) dan Kanowit (202) berada pada tahap sangat tidak sihat.
Sebanyak lapan kawasan pula merekodkan bacaan pada tahap tidak sihat, iaitu Betong (189), Sarikei (181), Sibu (177), Mukah (172), Bintulu (157), Samalaju (152), Lawas (146) dan ILP Miri (116).
Kapit (90), Miri (91), Limbang (94) dan Bario (73) masing-masing berada pada tahap sederhana.




