SRI AMAN: Kebakaran belukar seluas kira-kira 0.08 hektar berlaku di kawasan Bukit Begunan pagi tadi sebelum berjaya dipadamkan sepenuhnya oleh pasukan bomba.
Menurut kenyataan media Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 10.22 pagi.
Susulan laporan itu, sepasukan anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah pasukan ambulans Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi yang terletak kira-kira 39 kilometer dari BBP Sri Aman.
Komander Operasi, PBK I Mohd Fadhli Buyong, berkata setibanya pasukan di lokasi, pihaknya mendapati kebakaran berlaku di kawasan belukar yang dianggarkan seluas 0.08 hektar.



KEBAKARAN belukar seluas kira-kira 0.08 hektar berlaku di kawasan Bukit Begunan pagi tadi sebelum berjaya dipadamkan sepenuhnya oleh pasukan bomba. Foto BBP Sri Aman
Beliau berkata, pasukan operasi yang lengkap dengan peralatan perlindungan diri (PPE) kemudian menjalankan kerja pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula, dengan bekalan air dipam terus dari tangki jentera.
“Hasil tindakan pantas pasukan bomba, kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya dan tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan,” katanya.
Operasi ditamatkan selepas pemeriksaan mendapati keadaan di lokasi selamat serta terkawal, sebelum anggota kembali ke balai.
Bagaimanapun, operasi pemadaman berdepan sedikit kekangan apabila tiada sumber air terbuka dan pili bomba berhampiran lokasi kejadian.
Tiada agensi lain dilaporkan terlibat dalam operasi berkenaan.
Oleh Adi Safarman




