HONG KONG: Gempa bumi dengan magnitud 5.5 menggegarkan Mindanao, Filipina pada 13:22 GMT (9:22 malam waktu Malaysia) hari ini, menurut Pusat Penyelidikan Geosains Jerman (GFZ), lapor Xinhua.
Pusat gempa yang berkedalaman 122.4 kilometer itu pada awalnya ditentukan berada pada latitud 5.17 darjah utara dan longitud 125.90 darjah timur. – Bernama



