Pelbagai menu enak dari bunga durian

Facebook
WhatsApp
KELOPAK bunga durian digoreng celup tepung.

Pernah makan bunga durian? Bagi mereka yang pernah merasainya,pasti tahu keenakan bunga durian ini.

Malah, musim bunga durian gugur pastinya ditunggu-tunggu oleh penggemarnya.

Bunga durian biasanya dibuat sajian sayur dan rasanya manis dan garing.

Nak nikmati sayur bunga durian ini hanya ada satu atau dua kali musim dalam setahun.

Baru-baru  ini, musim durian berbunga melanda Miri. 

Bunga durian ini juga senang didapati di pasar dan ada yang dijual pada harga  RM5 untuk 300 gram.

RESIPI SEDAP DAN MUDAH

Sama sahaja cara memasaknya seperti hidangan sayur yang lain. 

Ia sangat ringkas tetapi sedap.

Bunga durian mempunyai lendir atau getah pada setiap putik debunga.

Oleh itu, sebelum dimasak, bunga durian perlu celur beberapa minit untuk membuang lendir debunga.

Kemudian  toskan sebelum  dimasak mengikut menu pilihan.

Di Sarawak, bunga durian sangat popular dimasak tumis belacan.

 
Selain itu, bunga durian juga boleh digoreng  tepung dan rasanya ranggup ala-ala cendawan enoki goreng tepung.


Kelopak durian pula sedap digoreng celup tepung.


AMBIL BUNGA DURIAN SEGAR DIJADIKAN SAYUR


Nak rasa bunga durian yang sedap, pastikan ambil yang segar.


Bunga durian yang segar  dan

 sedap dimakan ialah yang berwarna putih kecerahan.

 
Kalau sudah berwarna perang, ia akan menjadi lembik dan berlendir bila dimasak. Untuk mengutip bunga durian memang kerja leceh kerana perlu dikutip satu persatu dan dibersihkan dari tanah dan pasir.  Bagi memudahkan kerja ini, hamparkan kertas atau plastik besar di bawah pokok durian pada malam hari dan keesokan harinya,  mudah mengumpul bunga durian yang jatuh di atas hamparan tadi.  Bukan sahaja kerja mengumpul menjadi cepat, malah bunga durian bebas dari kekotoran.

Oleh Liong  Chai Ling 

Belajar bersabar, jangan rasa tercabar

BELAJAR bersabar, jangan rasa tercabar adalah satu nasihat yang sangat mendalam. Jika diteliti dengan terperinci, sabar adalah kekuatan dalaman dan

Islam mengangkat martabat pekerja

DALAM Islam, pekerjaan bukan sekadar cara untuk memperoleh rezeki, malah ia merupakan satu bentuk ibadah yang mulia jika dilakukan dengan