Had kelayakan BUDI MADANI naik semula kepada 300 liter hari ini

Facebook
WhatsApp
BUDI MADANI... Had kelayakan asas bulanan BUDI MADANI dinaikkan semula daripada 200 kepada 300 liter berkuat kuasa hari ini, manakala pemilik kenderaan diesel persendirian jenis pikap dan jip yang layak boleh menikmati kelayakan sehingga 400 liter sebulan, termasuk tambahan 100 liter melalui permohonan. Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Had kelayakan asas bulanan BUDI MADANI dinaikkan semula daripada 200 kepada 300 liter bermula hari ini.

Kementerian Kewangan (MOF) menerusi hantaran Facebook memaklumkan pelarasan itu melibatkan BUDI MADANI RON95 (BUDI95) dan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) pada harga subsidi RM1.99 seliter bagi RON95 dan RM2.10 seliter bagi diesel.

Bagi pemilik kenderaan diesel persendirian jenis pikap dan jip, kelayakan pula adalah sehingga 400 liter sebulan, termasuk tambahan 100 liter bagi yang layak melalui permohonan.

“Tiada permohonan semula bagi penerima sedia ada. Permohonan baharu bagi tambahan 100 liter BUDI Diesel boleh dibuat melalui portal budimadani.gov.my,” menurut hantaran itu.

Semalam, MOF dalam kenyataan memaklumkan pemilik kenderaan diesel persendirian jenis pikap dan jip yang layak tetapi belum memohon tambahan kelayakan BUDI Diesel sebanyak 100 liter sebulan perlu berbuat demikian menerusi portal BUDI MADANI.

Tambahan itu membolehkan jumlah kelayakan bulanan mereka dinaikkan daripada 300 kepada 400 liter bermula hari ini manakala pemilik yang telah memperoleh kelulusan bagi tambahan 100 liter sebelum ini tidak perlu mengemukakan permohonan baharu kerana kelayakan diselaraskan secara automatik.

Menurut MOF, lebih setengah juta pemilik kenderaan diesel persendirian jenis pikap dan jip layak memohon tambahan berkenaan.

Pada Ahad lepas, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2026 mengumumkan had kelayakan asas bulanan BUDI MADANI akan diselaraskan semula daripada 200 kepada 300 liter.

Pelarasan itu dilaksanakan secara automatik kepada penerima BUDI95 dan BUDI Diesel, tertakluk kepada kelayakan masing-masing.

Sebanyak 16 juta pengguna menikmati RON95 pada harga subsidi RM1.99 seliter manakala lebih 700,000 daripada mereka turut layak menikmati diesel bersubsidi pada harga RM2.10 seliter. – Bernama

Konsert Karnival SibuJaya 2026 ditunda

SIBU: Konsert Karnival SibuJaya 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 5 September ini ditunda berikutan keadaan jerebu rentas sempadan yang semakin