Jerebu Sarawak belum reda, bacaan IPU terus melonjak

Facebook
WhatsApp
BACAAN IPU setakat 4.00 petang. Sumber NREB

KUCHING: Kualiti udara di Sarawak terus berada pada tahap berbahaya apabila tujuh kawasan merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap berbahaya setakat 4.00 petang hari ini.

Berdasarkan data IPU Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB), IPD Serian mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 445, diikuti Lundu (405), Tebedu (399), Lubok Antu (396), Kuching (366), Samarahan (350) dan Sri Aman (334).

Sementara itu, tiga kawasan iaitu Sarikei (277), Sibu (243) dan Mukah (216) merekodkan bacaan pada tahap sangat tidak sihat.

Lapan kawasan lain pula berada pada tahap tidak sihat, dengan Samalaju mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 197, diikuti Bintulu (178), Miri (174), ILP Miri (174), Kapit (166), Limbang (161), Lawas (153) dan Bario (127).

Tiada kawasan di Sarawak merekodkan bacaan IPU pada tahap baik atau sederhana setakat 4.00 petang.

Oleh Masrin Affirah