Jerebu makin buruk, Serian cecah IPU 364

Facebook
WhatsApp
DATA pemantauan kualiti udara menunjukkan IPD Serian merekodkan bacaan IPU tertinggi di Sarawak iaitu 364 setakat 8.00 pagi ini, berada dalam kategori merbahaya.

KUCHING: Keadaan jerebu di Sarawak semakin buruk apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di IPD Serian mencecah 364 setakat 8.00 pagi ini, sekali gus berada dalam kategori merbahaya.

Berdasarkan data pemantauan kualiti udara, Samarahan mencatat bacaan IPU 300, Kuching (291), Lubok Antu (239), Lundu (236) dan Sri Aman (214), kesemuanya berada dalam kategori sangat tidak sihat.

Tebedu pula merekodkan bacaan 200, diikuti Sarikei (195), Sibu (187), Bintulu (179), Samalaju (171), Mukah (170), Kapit (159), Miri (155), ILP Miri (151) dan Bario (116), kesemuanya dalam kategori tidak sihat.

Sementara itu, Lawas mencatat bacaan IPU 99 dan Limbang (88), masing-masing berada pada tahap sederhana.

Bacaan IPU antara 201 hingga 300 dikategorikan sebagai sangat tidak sihat, manakala bacaan 301 hingga 500 berada pada tahap merbahaya.