Lelaki dipenjara lima tahun, dua sebatan kerana kesalahan dadah berulang

Facebook
WhatsApp
SEORANG lelaki tempatan berusia 35 tahun dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan dua sebatan atas kesalahan dadah berulang.

SERIAN: Seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan dua sebatan atas kesalahan dadah berulang.

Ketua Polis Daerah Serian Supt Freddy Bian Stanislaus Bian berkata, lelaki itu turut diperintahkan menjalani Perintah Pengawasan selama dua tahun mengikut Seksyen 38B Akta Dadah Berbahaya 1952 selepas selesai menjalani hukuman penjara.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, dibaca bersama Seksyen 39C(1) akta sama bagi kesalahan berulang di Mahkamah Sesyen 3, Kuching, hari ini.

“Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Serian akan mengambil tindakan tegas terhadap pengedar dan pengguna dadah yang melakukan kesalahan berulang di bawah Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam kenyataan hari ini.