Menjiwai kemerdekaan dengan akhlak Nabawi

Facebook
WhatsApp

KEMERDEKAAN merupakan suatu nikmat yang sewajarnya disyukuri oleh setiap rakyat. Setelah melalui pelbagai bentuk perjuangan dan pengorbanan, kemerdekaan merupakan nikmat untuk masyarakat masyarakat merasai hidup dalam keadaan aman, menentukan hala tuju negara serta mengamalkan agama dan budaya tanpa tekanan daripada penjajah.

Dalam masa yang sama, kemerdekaan tidak seharusnya difahami hanya sebagai kebebasan dari segi fizikal. Justeru, kemerdekaan yang sebenar turut merangkumi kebebasan jiwa dan akhlak daripada segala perkara yang merosakkan diri.

Dalam konteks Islam, kemerdekaan membawa erti bahawa manusia tidak diciptakan menjadi hamba kepada hawa nafsu, harta benda, populariti bahkan sesama manusia, sebaliknya tunduk kepada Allah SWT serta beribadah kepada-Nya.

Sebagaimana firman-Nya dalam surah adz-Dzaariyaat, ayat 56:

“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku.”

Ayat ini menerangkan bahawa kebebasan manusia perlu berada dalam lingkungan pengabdian diri kepada Allah SWT.

PENYANYI Mesir, Mostafa Atef (tengah) bersama pelajar tahfiz dari Maahad Darul Maliki, Ampang, berselawat sambil menyusuri kesibukan jalan raya ibu negara dengan menaiki bas Hop-On Hop-Off pada program ‘Salawat On The Move’ baru-baru ini. Inisiatif yang diadakan bersempena dengan pelancaran Jejak Tamadun Mesir: 8H6M Cairo bersama-sama dengan penyanyi nasyid itu bertujuan menghidupkan semangat Maulidur Rasul menerusi amalan selawat sepanjang perjalanan di tengah-tengah ibu kota. Foto BERNAMA

Oleh itu, seseorang yang benar-benar memahami erti kemerdekaan bukan hanya sekadar bebas bergerak dan bersuara, tetapi mampu mengawal dirinya daripada perkara yang bertentangan dengan syariat Islam.

Menurut Syed Muhammad Naquib al-Attas, apabila disebut “kebebasan” dalam tradisi Islam, istilah ianya merujuk kepada ikhtiyar dan bukannya hurriyyah. Ikhtiyar adalah memilih sesuatu yang lebih baik.

Oleh itu, menurut beliau, kebebasan adalah berbuat menurut tuntutan sifat dasarnya yang benar dan selari dengan fitrah insani dan tuntutan Ilahi.

Akhlak Nabawi pula merupakan contoh terbaik yang boleh dijadikan panduan dalam menjiwai kemerdekaan.

Rasulullah SAW merupakan insan yang paling sempurna akhlaknya. Akhlak Baginda bukan sahaja hanya dalam urusan ibadah, malah meliputi hubungan dengan keluarga, sahabat, jiran, masyarakat dan mereka yang berbeza kepercayaan.

Allah SWT memuji keperibadian Baginda melalui firman-Nya:

“Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.”

(Surah al-Qalam, ayat 4)

Merdeka daripada Penjajahan Akhlak

Salah satu perkara penting dalam menjiwai kemerdekaan ialah membebaskan diri daripada penjajahan akhlak. Penjajahan pada zaman moden tidak semestinya berlaku melalui penguasaan tentera atau kuasa asing.

Malah sebaliknya, manusia boleh dijajah oleh hawa nafsu, budaya negatif, ketagihan media sosial, materialisme, hiburan yang melampau, fitnah dan sikap individualistik.

Allah SWT mengingatkan manusia agar tidak menjadi hamba kepada hawa nafsu. Firman-Nya: “Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan (hukum syariat) yang benar (yang diwahyukan kepadamu); dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu.” (Surah al-Ahzab, ayat 6)

Rasulullah SAW juga mengajar bahawa kekuatan sebenar bukanlah terletak pada kemampuan seseorang mengalahkan orang lain, tetapi kemampuan mengawal diri ketika marah. Sabda Baginda SAW: “Orang yang kuat bukanlah orang yang menang dalam bergusti, tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal dirinya ketika marah.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Hadis ini sangat relevan dalam kehidupan masyarakat yang merdeka. Kebebasan bersuara, berpendapat dan menggunakan media sosial perlu disertai dengan kawalan diri. Janganlah kemerdekaan dijadikan alasan untuk menghina, memfitnah, mencaci atau menyebarkan berita yang belum dipastikan kesahihannya.

Kemerdekaan yang sebenar ialah apabila seseorang mampu mengawal lidah, perasaan dan perbuatannya. Dia bebas daripada sifat dendam, hasad dengki, sombong dan kebencian. Inilah kemerdekaan jiwa yang berteraskan akhlak Nabawi.

Sebaik-baik manusia Selepas Rasulullah SAW

DARIPADA Abdullah bin Salamah, beliau berkata: “Aku mendengar Ali berkata: ‘Sebaik-baik manusia selepas Rasulullah SAW ialah Abu Bakar dan sebaik-baik manusia selepas Abu Bakar ialah Umar.” (Riwayat Ibnu Majah)

Para sahabat sangat memahami kedudukan Abu Bakar di sisi Rasulullah SAW. Dengan itu, mereka sendiri mengiktiraf bahawa Saidina Abu Bakar adalah manusia yang paling mulia dalam kalangan mereka.

Kedudukan di dalam Islam, ketika Rasulullah SAW masih hidup, pada masa kekhalifahannya hingga setelah wafatnya sememangnya tiada tolok bandingnya.

Abdullah bin Umar berkata: “Ketika itu kami membanding-bandingkan darjat kebaikan orang-orang pada zaman Rasulullah SAW. Maka kami menyenaraikannya mengikut turutan, mulai dari Abu Bakar, kemudian Umar bin al-Khattab, kemudian Uthman bin Affan.”

Semasa zaman pemerintahan Saidina Umar bin Al Khattab, telah datang sekelompok manusia kepada Saidina Umar lalu mereka berkata, “Demi Allah SWT, tidak ada seorang pun yang lebih adil dalam memutuskan perkara, lebih berani berkata benar dan lebih tegas terhadap kaum munafik selaindaripada engkau wahai Amirul Mukminin. Engkau adalah manusia terbaik setelahRasulullah SAW”. Mendengar kata-kata mereka itu, Auf bin Malik terusberkata, “Kamu semua salah. Demi Allah SWT, kami telah melihat orang yanglebih baik dari Umar setelah Rasulullah SAW”. Mereka pun bertanya,
“Siapakah dia wahai Auf?” Maka Auf bin Malik pun menjawab, “AbuBakar”.

Saidina Umar pun berkata, “Auf benar dan kamu semuasalah. Demi Allah, Abu Bakar lebih baik daripada minyak wangi dan aku lebih sesat dari pada unta peliharaan (ketika zaman jahiliyyah)”.

Dalam sebuah riwayat yang lain pula, sekumpulan dari penduduk Kufah dan Basrah pergi menemui Saidina Umar di Madinah.

Ketika mereka tiba di Madinah, terjadi perbualan di kalangan mereka sehingga dalam perbualan tersebut, mereka membicarakan tentang perbandingan di antara kedudukan Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar.

Sebahagian daripada mereka menganggap bahawa Saidina Abu Bakar lebih baik daripada Saidina Umar. Manakala sebahagian yang lain pula menganggap sebaliknya.

Intipati perbualan mereka itu telah sampai ke pengetahuan Saidina Umar. Maka Saidina Umar pun naik ke atas mimbar, lalu beliau memanjatkan puji- pujian dan syukur kepada Allah SWT.

Kemudian beliau berkata, “Ketahuilah bahawa manusia terbaik di kalangan umat ini setelah Nabinya adalah Abu Bakar. Siapa yang berpendapat selain itu setelah ini, maka dia merupakan orang yang dusta. Dia akan mendapat dosa sepertimana dosa pendusta”.

Hanzalah Azman

Hari ini milik kita

MASA bergerak tanpa menunggu sesiapa. Detik yang baru sahaja kita lalui tidak mungkin dipanggil kembali, sedangkan hari esok belum tentu