MUKAH: Walaupun beliau tidak berada di tempat, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak tetap menyalurkan bantuan kepada yang memerlukan di kawasannya.
Dato Hanifah Hajar Taib, yang juga merupakan Ahli Parlimen (MP) Mukah telah menyumbangkan sejumlah 626 bakul makanan baru-baru ini.
Daripada jumlah tersebut, 473 diserahkan kepada PUI / PUS dan Petugas Di Pusat Kuarantin Kem Belia (QC Kem Belia), Pusat Kuarantin dan Rawatan Risiko Rendah Covid-19 Kem Belia Mukah (PKRC Kem Belia), Pusat Kuarantin Politeknik Mukah (QC Politeknik), Pusat Kuarantin dan Rawatan Risiko Rendah Covid-19 Politeknik (PKRC Politeknik), Sekatan Jalan Raya Jebungan (SJR) dan Sekatan Jalan Raya (SJR) Sempadan Daerah Dalat / Mukah.
Manakala, 153 bakul makanan lagi diagihkan kepada Ketua Isi Rumah(KIR) di Kampung Bunut, Rumah (Rh) Rimong, Rh Panjang Asin, Rh Bija dan Rh Chok yang terkesan selepas Arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) tempoh hari.
Sumbangan tersebut telah diselaraskan oleh Jawatankuasa Bencana Bahagian Mukah dan Pejabat Daerah Mukah, yang diserahkan kepada Ketua Kampung Bunut dan Tuai-Tuai Rumah di Kawasan Sebakong.
Oleh HENRY B SIYU