Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 245,576 kematian global terkini
  • GLOBAL

245,576 kematian global terkini

Utusan Sarawak 5 years ago
ORANG ramai memakai topeng mulut ketika ditemui di New York. – Foto AFP

PARIS: COVID-19 kini sudah mengorbankan kira-kira 245,576 nyawa di seluruh dunia sejak virus itu pertama kali dikesan di China, pada hujung tahun lalu, menurut angka rasmi AFP sehingga jam 7 petang semalam.

Lebih 3,479,220 kes didaftarkan di 195 negara dan wilayah dengan 1,063,600 daripada pesakitnya sudah sembuh.

Jumlah itu diperoleh daripada pihak berkuasa kebangsaan dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), namun tidak menggambarkan jumlah kes sebenar dunia berikutan kebanyakan negara hanya melakukan ujian saringan kepada kes jangkitan serius.

Amerika Syarikat (AS) kekal negara tertinggi kematian dengan mencatat 67,155 korban daripada 1,148,004 kes dan sebanyak 175,382 pesakit berjaya dipulihkan.

Ini diikuti Itali, iaitu 28,884 kematian daripada 210,717 kes; Britain (28,446 kematian daripada 186,599 kes); Sepanyol (25,264 kematian daripada 217,466 kes) dan Perancis (24,895 kematian daripada 168,693 kes).

Sementara itu, Belgium merekodkan bilangan kematian tertinggi bagi setiap penduduk, iaitu 68 kematian bagi setiap 100,000 orang, diikuti Sepanyol (54), Itali (48), Britain (43) dan Perancis menyaksikan 38 kematian bagi setiap 100,000 penduduk.

China tidak termasuk Hong Kong dan Macau, sehingga semalam, mencatatkan 4,633 kes dan 82,877 kes dengan 77,713 berjaya disembuhkan.
Eropah pula merekodkan keseluruhan 143,535 korban daripada 1,546,197 kes, AS dan Kanada mencatatkan 70,908 kematian dan 1,207,361 jangkitan, Amerika Latin dan Caribbean  (13,180 kematian dan 248,359 kes), Asia (9,089 kematian dan 239,921 kes).

Sementara itu di Asia Barat pula mencatat 6,951 korban dan 185,142 jangkitan, selain Afrika (1,791 kematian daripada 44,122 kes), Oceania pula mengisytiharkan 122  kematian daripada 8,125 kes. – AFP

Continue Reading

Previous: Rusuhan kembali ‘hantui’ Hong Kong
Next: Trump gelar penunjuk perasaan orang baik-baik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.