IPU Serian masih tertinggi, catat 197

Facebook
WhatsApp
Screenshot

KUCHING: IPD Serian merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi di Sarawak iaitu 197 setakat 8.00 pagi ini, berada dalam kategori tidak sihat.

Berdasarkan data pemantauan kualiti udara, Lundu mencatat bacaan 179, Sri Aman (178), Samarahan (176), Lubok Antu (183), Tebedu (190), Kuching (185) dan Sarikei (128), kesemuanya dalam kategori tidak sihat.

Bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat, manakala bacaan 51 hingga 100 berada pada tahap sederhana.

Sementara itu, Mukah dan Bintulu masing-masing mencatat bacaan 97, diikuti Samalaju (94), Miri (91), Sibu (86), ILP Miri (83), Limbang (77) dan Kapit (67), kesemuanya pada tahap sederhana.

Bario pula merekodkan bacaan IPU 41, berada dalam kategori baik.

Kualiti udara Sarawak kekal tidak sihat

KUCHING: Kualiti udara di sebahagian besar kawasan Sarawak masih berada pada tahap tidak sihat berdasarkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU)